Thursday, June 7, 2012

cerita mula semester

bismillah  alhamdulillah, setinggi kesyukuran atas nikmat yang diberi terus menerus bertebaran tanpa henti. hari ini berjaya juga melakar kembali sedikit warna pada blog ku ini. melihat post terakhir, terkelu seketika.  mengenangkan kemanakah aku pergi sehingga terlalu lama membiarkan blog ini bersawang. mudah-mudahan masa yang berlalu diisi dengan segala yang baik dan diinfakkan ke jalan yang selayaknya perlu.  risau nikmat ini didustakan oleh diri serba pendosa ini...nauzubillah.


Firman Allah:  “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al ‘Asr 103: 1-3)


********************
i put my trust in Allah


kebiasaannya kalau kita berada di fatrah exam, ya lah wajar kita berdebar. tapi kali ini nak masuk semester baru debaran yang dirasai terasa lain macam pulak.  mengenangkan ramai sahabiah mujahidah solehah di sampingku selama ini beransur keluar seusai menghabiskan zaman diploma mereka, barulah terasa cabaran baru bakal kunjung hinggap.  aku dan adik-adik. aku dan amanah dan taklifan baru walaupun sama seperti dahulu. masih terasa kebas kaki memikirkan mampukah aku berhadapan semua itu seakan sendirian.  apepun, aku perlu kuat. Allah tetap bersamamu. tanpa mereka, aku masih tetap perlu melunaskan taklifanku sepenuh daya upaya ku. amanah ini bukan sembarangan amanah.  semuanya bermain dengan hubungan kita dengan Allah, lanjutnya hubungan kita sesama manusia.  realitinya di medan luar, jauh dan terlalu jauh mencabar.  Di mana pun  kita pergi, persinggahan mana pun kita berhenti, pulau mana pun kita tercampak, lorong mana pun kita jejaki, pelusuk mana pun kita sampai, gerak kerja dakwah tetap mesti harum bersemi. sumbangannya tetap wajib ada daripada kita demi melihat ISLAM tertegak di muka bumi. u can do it lah dear:') setiap kali merindui mereka, tuntas aku teringat kalam Allah yang membuatkan hati terasa tetap bersama.  walaupun ku seakan sendiri, namu tetap pasti doa sahabat tidak pernah sunyi jauh sekali meluput.

 "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu  di jalan Allah .  Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui" (at-taubah  : 41)

******************
membugar tekad

tajdid niat, belajar lillahi taala.. sasaran aku kali ini 4.0 ..hoho.. bukan BERSIH 4.0 ya tetapi mungkin boleh ambil simboliknya ;). aku tetap yakin akademik membina kepercayaan dek kerana kegawatan akademik yang pernah ku lalui terdahulu terlalu membuat aku tidak mahu jatuh di lubang yang serupa buat kali kedua.  itu bukan mukmin yang baik. jika ini antara suatu cara menawan hati sahabat kampus, makanya usaha itu perlu berlipat kali ganda luar biasa. jika siswa siswi biasa punya 24/7 , perancangan kita harus lebih kerana tanggungjawab melebihi masa yang ada. keluar subuh, pulangnya di saat roomote sudah melelapkan mata. paling tak pun, depa tengah sibuk berfesbuk, lagilah parohh seakan dicucuk-cucuk untuk ikut serta jejak langkah mereka.  di saat itu kita teruji. mahu lelap bersama atau bersengkang mata melunaskan amanah yang ada. confirm ada.  itu semua perlukan mujahadah. mahunya dijauhi daripada fitnah.  biarlah kejayaan seindah pelangi  di dunia sebagai transit persinggahan untuk kejayaan dan kebahagian hakiki iaitu ladang akhirat. semoga ini saham utk menjadi profesional produktif muslimah demi ummah! apa kita usaha itulah yang kita dapat .  samalah macam apa yang kitam tanam di dunia, terimalah hasil tuaiannya di akhirat. mudah , tapi nak implementasi amat payah. tetiba terfikir untuk adakan post mortem akademik bersama adik-beradik solehahku di awal sem ni. huhu:') mulalah semester 3 dengan gagah dan membukit harapan lebih baik daripada yang sebelumnya.

kawan-kawan, teman ni masih diploma  walaupun hakikatnya teman-teman seperjuangan yang lainnya menunggu masuk diserap ke degree pula. takpa, di sebalik kesulitan berselirat hikmahnya. tugas kita yakin je. kena jalani pengembaraan yang lama dan unik sikit di bumi seri iskandar ni.hehe, boleh try macam-macam lagi selagi berkesempatan. baru tak bosan dan hambar hidup ni kawan-kawan. doakan saya lepas ke degree pulak.  seboleh mungkin jika itu yang lebih baik, nak mencuba merasa suasana bergerak kerja di kampus lain pulak, tetapi utagho tetap di hati..ku lihat hijau=')




***************
sekejap alim, sekejap zalim


satu lagi tamparan hebat kena ingat, silalah susun kalender hidup anda supaya tidak caca marba jadinya. beramanah dengan akademik score card yang ditetapkan.  jangan hanya tahu lekat bukan main lawa depan mata meja studi, tapi retorik belaka.  buat tak nampak lagi ada. eksen habess baiklah tu konon . tanggapilah inche stress dengan baik. bila cerita bab stress ni , perkara paling sentap habis adalah bab pengurusan masa. antara  yang aku boleh detect lemahnya diri ini bilamana berhadapan dengan masa.  bertangguh kerja hanya buat kita stress akhirnya. memang bapak stress. lepas tu mulalah kelam kelibut tak tahu nak mula daripada mana. salah diri sendiri. suatu yang perlu dihighlitekan untuk bermuhasabah.  sangat syok dan kagum melihat mereka yang mampu menguruskan masa dengan efisien khususnya contoh paling dekat aku boleh ambil ialah sahabat degree ku . bijak meletakkan mana yang awla, tahu menyusun jadual..tapi benda tu tak mustahil berlaku pada aku.  kita kenal diri kita dan kita sangat tahu masa kita amat berbeza dengan orang lain. jangan menyusahkan orang lain dek kerana lemahnya kita menyusun waktu diri sendiri. sakan buat kerja islam, sakan berbulatan cinta, sakan bermacam sakan, biarlah semuanya disusun kemas supaya tak serabut.  jangan nak kata kita tak boleh , kerana kita ada contoh yang paling superb untuk diikuti. Nabi Muhammad SAW adalah ikutan terbaik. Rasulullah sebagai pemimpin negara, sebagai ketua keluarga, hebat di medan perang, unggul bersiasah, bahkan Rasulullah paling kuat beribadah dan tunduk pada Allah. Itulah Rasulullah ikon muslim professional. moral of cerita , ni cabaramn untuk lebih beramanah dengan masa yang ada. masa muda ini benar-benar diinfakkan untuk Islam. Insyaallah~

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." [as-saff:4]


credit


**********************
full of hope

menjejaki cuti dua bulan yang kini berbaki beberapa hari.  terasa berbagai perasa datang menghinggapi hari-hari yang dilalui.  bermula dengan pertama kali bertemu dengan sahabat di utara perlis, terasa satu pembuka cuti yang sangat terkesan di hati. Membuka travelog  bersama mereka walaupun seketika, sangat mencelikkan mata hati.  betapa melihat pengorbanan dan kesungguhan sahabat sungguh meninggalkan kesan yang dalam kepadaku. ketahuilah, bertamu di bumi Perlis dan bertemu dengan kalian adalah satu bonus anugerah yang tidak terperi bahagia tidak terkata.  sangat menanti saat dapat belajar lebih lagi daripada  kalian semua .  antara objektifku menitipkan beberapa sahabat ke sana dengan perjalanan yang sangat jauh dan menyebabkan kami lenguh satu badan bukanlah satu yang ingin sekadar menambah perisa atau bersuka ria semata.  tetapi belajar dan menekuni segala ibrah yang dilakari mereka sepanjang pertemuan ini sudah cukup membantu adik-adikku bergerak dengan lebih matang. kadangkala , andai kita tidak mampu untuk menunjukkan contoh yang terbaik untuk diikuti mereka, jangan pernah berasa lemah dan duduk sahaja menerima.  kita boleh cari dan berikan mereka pengalaman daripada mereka di sekitar kita untuk mendewasakan mereka dan menyampaikan apa sebenarnya yang kita hajati. mungkin dengan usaha yang kecil ini membiaskan impak yang besar dalam fasa kehidupan mereka. ku harapkan begitulah.  maaf andai aku bukan yang terbaik dalam memberi contoh bahkan kerapkali tewas. tetapi harus ada solusi untuk menanggapi setiap masalah . jangan pernah lelah untuk melatih diri melepasi daripada satu marhalah ke satu marhalah.  Perjuangan tidak dihamparkan dengan karpet merah . bukanlah nama perjuangan, andai ianya terlalu mudah untuk diperoleh. kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sepenuh kudrat tenaga dan usaha.! semoga kita lebih banyak berlapang dada bukan sekadar menunjukkan taring siapa hebat, siapa lebih berkuasa. Malang sangat malang andai kita pergi hanya untuk melepaskan bebanan semata tanpa mengambil secicip ibrah untuk dibawa pulang.

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman." [Ali Imran :139]

Ya Allah, berikanlah kemudahan dan kekuatan bukan sahaja kepadaku tetapi juga buat mereka yang sama-sama telah memikirkan perencanaan ini dalam usaha menarik lebih banyak hati kembali dan kian mendekatiMu.  Kami merancang, Allah merancang , tentunya sebaik-baik perancangan adalah mutlak daripada Allah s.w.t.



**************

bangkitlah mujahid setia 


terkesan aku dengan kata-kata peninggalan Syeikh Ahmad Yassin buat syabab harapan umat


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.





n ini dalam usaha menarik lebih banyak hati kembali dan kian mendekatiMu.  Kami merancang, Allah merancang , tentunya sebaik-baik perancangan adalah mutlak daripada Allah s.w.t.
******************
make ur move

perjalanan masih panjang, fasa yang dilalui bakal penuh berwarna
bangkitlah wahai diri, tugasanmu masih banyak berbaki ,
bergerak tangkas kerana kerja belum selesai dan 
tidak akan pernah selesai kerana
jalan ini panjang, sumpah panjang!
jangan bergerak atas dasar taklid buta tuli
tetapi
biarlah perdunya kuat dengan kefahaman yang nyata dan sebenarnya.
Berlandaskan rujukan Al-Quran dan hadis. 
Bersama orang-orang alim, ulama muktabar warasatul anbiya'
mujahid mujahidah yang terbukti keikhlasannya.
Bukan sembarangan memetik quote bertatahkan akal semata
Barulah tidak sesat selama berpegang dengannya.
Bukan sekadar bergegar kata dan hammasah semata.
Allah telah memberikan tiket masuk ke dalam medan ini,
maka tanggungjawab untuk melunaskan segala amanah penuh daya upaya
supaya tiket keluar nanti tetap diakhiri dalam perjuangan Islam
Moga Aku dan teman Muslimat gagah menjadi bukan sembereno dalam bersosial dalam bergerak kerja
tahu batas , kadar keperluan dan kesesuaiannya.
jangan tewas dengan dahulu kala, 
tetapi jadikan pengalaman semalam ibrah untuk digenggam sebagai pengajaran hari ini.


Ya Allah, perbaikanlah seluruh diriku dan janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku walau sekelip mata" (riwayat Abu Daud)
;')





bergeraklah kerana diam itu mematikan. selamat mengorak langkah wahai pembantu agama Allah. 



Thursday, November 10, 2011

Every Single Day

Bismillah,


Assalamualaikum


Selagi cuti tak melabuhkan tirainya..makanya adalah juga masa senggang  untuk melakarkan warna di blog tak semegah ini 
Seakan-akan dapat menghidu betapa saya akan melalui fasa kesibukan di saat melangkah semula ke semester baharu nanti
Dalam tidak sabar terselit rasa berdebar untuk berhadapan dengan semester seterusnya kerana merasakan banyak agenda besar yang menanti untuk ditangani...Insyaallah, tiada apa yang dapat membantutkan usaha kita selagi mana kita hebatkan pergantungan dengan Allah. Makanya Allah akan bantu kita.


"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah"
At-taubah:41


Bila agaknya dapat dilunaskan segala saki baki tugasku selaku setiausaha ni..huhu
Bercakap soal setiausaha..hurm..itu posisi yang memang kuat gamnya. Malahan tak boleh nak lari dari kecil sehinggalah sekarang. Dari  zaman sekolah sampailah sudah berada di alam kampus.
sudah sebati dalam diri akan selok belok setiausaha ni..bak kata orang alah bisa tegal biasa..harap-harapnya tidak terlalu enak berada di posisi ini sehingga kita lupa asal-asul diri selaku hambanya yang penuh hina dan kerdil ini.  Ini adalah antara ujian yang Allah titipkan untuk kita galas dengan sebaik mungkin. Segala yang termampu perlu dicurahkan untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi dan menghapuskan segala thagut seangkatan bersama sahabat-sahabat yang bersatu atas landasan yang sama. Bekerja untuk termasuk dalam golongan yang berjaya di dunia apatah lagi di akhirat.
mudah-mudahan usaha dan bakat saya  yang kecil lagi tidak seberapa ada manfaatkan untuk Islam.
Entah mengapa hati saya sangat teruja setiap kali memegang pen...seronok dapat mencatit dan meluahkan segala idea dalam suatu masa..
kalau disuruh menulis sambil memerah idea sehari suntuk di suatu ceruk pun diaanggap sangat membahagiakan. Mungkin sebab itu jugalah saya agak alergik dengan numbor.huhu.
Bila dapat pen, rasa macam tidak syok kalau tidak ada sesuatu untuk ditulis.
jadinya, setiausaha. memang saya tidak dapat lari drpnya.
Ilmu itu bagaikan binatang buruan manakala tulisan adalah pengikatnya
Berkata Imam Asy-Sya'bi,
"Apabila engkau mendengar sesuatu, catatlah meskipun pada dinding"


Ada juga sahabat yang menegur, tak penat ke mencatit ni...tak seronoklah...
huhu..tapi.. saya rasa nikmatnya menulis...dan cita-cita saya juga adalah untuk bergelar PENULIS suatu hari nanti:)..berhempas pulas menambah skil untuk merealisasikan cita-cita itu..




BERAMAL DENGAN ILMU. ILMU TANPA AMAL SIA- SIA.,
"Sibukkan dirimu dgn benda bermanfaat agar dirimu tidak sibuk dengan benda yang tidak bermanfaat"


---------------------------------------------------------------------------------------------


sebenarnya ada motif lain untuk entri kali ini..
Ingin berkongsi satu artikel setelah terserempak setelah terserempak dengan artikel ni sekejap tadi.
Mungkin sebab terkena dengan entri ini..dush..dush...pencerahan yang sangat memberi erti di saat diri memang tengah sangat kemaruk kepalang dengan drama korea PASTA..
Nampak tak, Tuhan Sayang Kau! Kejap je peringatan dah sampai...jadi, berpada-padalah dalam setiap tindak tanduk...jangan kita biarkan diri kita tunduk dalam gemercing indahnya isme-isme yang disusun rapi mereka.  Tanpa kita sedar, mereka ini antara musuh dalam selimut yang meracik jauh cinta anak muda terhadap Allah dan rasul.


Bagi saya, cerita ni ada nilai yang kita tidak boleh kesampingkan. Semangat nak belajar dia sangan tinggi dan patut dipuji.  Mahal.  Kalaulah anak muda Muslim macam ni. Maka Maharaja Lawak dan sekutunya dengannya mungkin sudah berkubur sepi.   Semua sibuk mencari ilmu memperbaiki diri .Berlumba-lumba menjadi para pemuda yang mengerti. Harapan tinggal harapan, remaja kini lebih memilih hedonisme dan hanya tahu berseloroh. Gelak tiada henti. Langsung tiada ruang untuk serious barang seketika. Nak cuba tengok lagi, dia ini sanggup kena perli, dimaki tetapi tetap ambil positif setiap tindak tanduk sifunya. Di anggapnya itu suatu cabaran. Memang kalau di Malaysia, saya nampak semangat itu pada teman-teman non muslim saya sewaktu di sekolah dulu.  Kendatipun tak sepandai mana, tapi semangat mereka bilamana sudah nekad terhadap sesuatu perkara ataupun bidang, tiada istilah berpatah arah...Teringat ibrah yang boleh dicicip dalam kisah Tariq b Ziyad.


Cubalah kalau cikgu atau murabbi kita buat benda yang sama, hari-hari asyik pulun mengamuk marah-marah dan bentak kita. Mesti esoknya kereta cikgu tu bercalar habis dibuatnya.  Puas membalas dendam. Itulah realiti anak muda kini, ramai tetapi ibarat buih. 


Makanya, saya belajar sesuatu dari sini.  Tetaplah tsiqah dengan murabbi, cikgu atau sesiapa pun yang mengajar kita sesuatu walaupun terkadang itu kita rasa tak gemar dengan sikap yang dia tonjolkan.  Bukankah kita semua ada kelemahannya. Yakin dan berlapang dadalah atas setiap teguran yang dikirimkan cikgu kita walaupun terkadang pahit untuk menelannya.
Yang pahit itulah sebenarnya tarbiah terbaik buat kita. Sebab apa, syurga itu manis kerana mujahadah itu pahit. Nah, benarkan? Jangan rasa diri ini besar sangat sampai tidak ada orang pun boleh tegur kita. Tidak kiralah baik yang tua yang sudah jauh berpengalaman mahupun yang muda dilihat berhingusan.  Cairkan ego dari dalam dirimu. Jom kita sama-sama praktikkan.  Hormatilah cikgu, mak ayah  ataupun murabbi kita walau apa pun ketika.
Imam Syafie telah memberikan satu contoh teladan yang baik untuk kita berakhlak dengan adab yang serupa.  Tahap hormat yang terlalu tinggi terhadap cikgunya membuatkannya tidak melunjurkan kakinya pun kearah rumah gurunya itu. Cantikkan? Kita pun boleh buat benda yang serupa..Insyaallah. elakkan diri kita termasuk dalam kelompok individu yang tidak makan saman tuntas menyebabkan cikgunya tidak senang hati melihat kita..inilah yang kakak saya selalu mengomelkan setiap kali berbicara tentang anak murid dia..kesian dia..be strong ye kak:)


Kadang-kadang, orang nampak kotak itu kosong. Namun, bagi kita kotak itu penuh terisi dengan buku.  Wah, kenapa macam itu? Kita sendiri yang menentukan hala tuju pemikiran dari persepsi kita yang berbeza. 
tatkala 5 orang membaca buku yang sama, keunikan pasti berlaku. Akan ada 5 interpretasi berbeza 5 cara fikir yang unik terhadap buku yang serupa. Setiap manusia itu unik dan punyai karekter tersendiri. 


Tidak perlu celoteh panjang berjela,  marilah kita ambil sedikit pencerahan supaya lebih berjaga-jaga dengan tipu muslihat dunia sesudah nanti. Fenomena yang semakin menghakis malu,membutakan ramai dan membangkitkan obsessi terlampau girls, muslimat di ceruk mana pun berada.  Have a nice day Readers! Semoga kita sentiasa terpelihara daripada segala perkara sia-sia:) Ambillah bingkisan ini sebagai titk pemula.




----------------------------------------------------------------------------------
alkisahnya:



Bagi memastikan entri ini ringkas dan tidak terlalu panjang, maka saya fikir adalah lebih wajar untuk ditulis khusus kepada skop yang dimaksudkan sahaja. Bermakna, bukanlah saya mahu berbicara tentang hukum menonton filem, melihat pelakon dalam drama dan sebagainya.
Skop yang dimaksudkan adalah, fenomena muslimah kita yang ‘tersampuk’ kegilaan menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.

ASAS
Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja? Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem melayu, filem-filem hollywood, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?
Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination. Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya.
Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.
Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan angau, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan pembaziran masa yang sungguh parah.
Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita muslimah kita termasuklah yang berada di jurusan agama.
Justeru dalam isu ini, saya kira elok kita perhatikan kepada beberapa perkara :

PERTAMA : SYARIAT
Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram. Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.
Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan. Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki. Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.
Tidak kurang juga yang beralasan :
“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya. Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..
Cuba rujuk balik kepada ayat Allah. Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita. Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.
Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia? Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia. Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.
Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam. Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.

KEDUA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK
Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia. Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem. Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.
Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita. Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat. Begitu juga dengan wanita. Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan. Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.
Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri. Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.

KETIGA : FANATIK DAN OBSES
Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya. Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea.
Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi. Ini suatu yang berbeza. Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.
Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.
Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah. Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing.
Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul. Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah. Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah. Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.

KEEMPAT : LALAI
” Saya risau, ramai kawan-kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai..”
Ya. Itulah point nya. Kelalaian. Pembaziran masa. Hilang fokus.
Sebagai contoh, muslimah yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.
Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula. Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.
Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.
Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.
Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam. Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti. Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut. Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’. Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau. Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.

KELIMA : SIFAT MALU
Inilah yang menjadikan wanita muslimah sebagai subjek utama. Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?
Oh..Hensemnya dia! Aku jatuh cinta!
Aku suka hero cerita ni. Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..
Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :
Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun
Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea
Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.

KESIMPULAN
Saya lebih cenderung mengajak kita mengambil sikap pertengahan. Kerana itu saya tidak mahu mengatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan. Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.
Sekadar mahu menghilangkan tension. Sekadar mahu mengalih perhatian. Sekadar mahu menghilangkan bosan. Sekadar mahu menghiburkan hati.
Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?
Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam. Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.
Maka berwaspadalah. Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman. Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.
Pesan pada mereka ; kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod, maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod. Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.
    
http://www.myilham.com/blog/2011/09/muslimah-kita-dan-drama-korea/








nota kaki:  nasihat buat saya dan untuk semua!
Aku menyeru kamu dan Aku menyeru diri sendiri!

Wednesday, November 9, 2011

hari hari dalam perjuangan~♥♥

Bismillah..
Salam alaik~~


cuti-cuti ni
kita ada dua pilihan
sama ada nak sibukkan diri dengan yang hak
ataupun kita memilih untuk sibuk di jalan penuh kebatilan


hanya kita sahaja punya jawapannya
tepuk dada tanya sama IMAN~♥♥




SAHABAT SAHABIAH YANG DIKASIHI ALLAH FILLAH!




hanya melalui iman sahaja ukhuwwah sejati akan terbina.
alhamdulillah, dari bulatan kecik itu kita menyimpullkan tali ukhuwah
bulatan yang disaluti kasih sayang 
sehingga kini kita bersama-sama melewati jalan dakwah
penat ataupun lelah
kita jalaninya dengan tabah
hati-hati ini telahpun diikat
sepertimana dalam doa rabithah
yang setiap hari kita baca dengan petah


bukan mudah!
bukan semua akan dapat
hanya yang terpilih
hati-hati ini milik Allah
Dialah yang berkuasa pegang
Ya
Memang benar,
Hati-hati ini Allah yang pegang
bukan siapa-siapa selainNya


sungguh
kalianlah insprirasi ana
maka
andai ana jauh terkebelakang
pimpinlah ana supaya kita dapat jalan seiring
andai ana menangis tersedu
peringatkanlah ana hidup tidak selalunya asyik ketawa
andai ana tersungkur di jalanan
hulurkan tanganmu agar kita bersama tsabat dalam perjuangan 
andai ana semakin jauh
tembaklah ana dengan teguran-teguran yang mengingatkan




Mungkin
ada kala
ana memang sukar untuk dijangka
kadang kala 
beremosi tak semena-mena
kadang kala
suka menyendiri kelu tanpa sebarang kata
maaflah untuk semuanya
kadangkala
mesej dibiarkan beku tanpa balasannya
syukran atas kesabaran kalian
tetap selamba melayan karenah ana~♥♥
sedang cuba memperbaiki keletah yang tak sewajarnya ada!!
masih manusia biasa yang banyak khilaf:)




akhawat, ntunna sahabat yang sangat hebat! 
alhamdulilllah ku panjatkan kesyukuran tinggi teramat atas kesempatan ini
kesempatan mengenali kalian
suatu kurniaan yang luas tiada kepalang 




 Terima kasih Allah. Syukran Allah.  Arigato Allah.  Kamsahamnida Allah. TQVM  Allah. Gracias Allah.




"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya
- imam syafie-



Monday, November 7, 2011

sasaranku DL~~

Bismillah
Alhamdulillah...berjaya juga aku membiarkan jari jemariku menari di papan kekunci ni sekali lagi..
lama sangat masa diambil untuk melahirkan entri baru..padahal banyak je benda yang nak diluahkan di sini..
Alhamdulillah..finally, misi berjaye juga dilancarkan.


sekarang ni tengah penuh semangat cuba menghabiskan saki-baki bacaan buku Sehingga Para Pemuda  Mengerti yang baru je aku beli baru-baru ni dlm sebuah program bersalut taujihad dan pencerahan tahap superb intipatinya. Tak sabar nak kongsi segala input dan pengalaman yang diperoleh kpd sahabat. Walaupun saya ni agak2x pelupa dan ada juga yang samar-samar ingat..Insyaallah, buku ajaib teman sejati ada menemani utk memperingati semula isi penting yang disampaikan pimpinan. Sebarkan walau sepotong!!!


Back to the story, DL...Kenapa suddenly sebut pasal DL..Anugerah Dekan ni memang sangat familiar dalam kalangan mahasiswa mahasiswi..Tipulah katakan bilamana kita bergelar mahasiswa, tak terlintas langsung nak capai DL ni..yaa, sangat menipu..mungkin yang freshy setahun jagung  tu yelaa katanya.  Cuma matlamat, gol ataupun sebab nak dapat DL bagi seseorang  itu yang membezakan. Saya juga antara insan yang terpukul nak usaha dapatkan DL tu..huhu..


Baru-baru ini, result pun dah membuat kemunculan yang dinanti-nantikan semua dengan penuh sabar..
alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah
sangat bersyukur dan menghiburkan hati..
cumanya,, kena banyak buat post mortem diri..
bukan salahkan diri tapi perbaiki dan koreksi semula diri..
untuk apa..
sebabnya..ada target yang perlu saya jangkaui...iaitu pelan jangka masa panjang saya.  Semuanya bertitik tolak dari sini..jadi saya sangat kena tambah effort di samping menjanakuasa tenaga dan pengorbanan yang lebih untuk itu..Apa pelan yang bising sangat tu ..sesuatu yang bermanfaat untuk diri, keluarga, ummah dan prioritinya adalah ISLAM..insyaallah..
sangat penting untuk kita menjadi ahli akademik ...menjadi seorang profesional..menjadi seorang yang mahir dalam kepakaran kita sendiri..keyakinan yang unggul akan dapat dibina ...dan orang lebih percaya dengan apa yang kita bawa..terutama mereka yang menggelarkan diri mereka DAIE..sangat perlu menitik beratkan soal ini.
Cuba bayangkan...katanya kita ni penyeru orang kearah kebaikan..sahabat-sahabat kita di kampus..tetapi kita sendiri masih terumbang-ambing mencari rentak..Bagaimana kita hendaklah memberikan contoh teladan kepada mad'u kita..adik-adik yang sentiasa mengemaskini status kita secara senyap dan tersembunyi..
kadangkala kita tidak sengaja mengabaikan skop yang sebenarnya paling utama iaitu BELAJAR!
sangat ironi untuk kita mencari titik seimbang...antara belajar dan kerja dakwah...bukan kedua-duanya tumbang karam di lautan ataupun kering di tengah padang pasir yang gersang.
tiada istilah putus asa tetapi TERUS ASA!




Harapan tinggi menggunung luas melaut saya dan sahabat-sahabat semua sentiasa cakna dengan tanggunggjawab dan menjadi berdisiplin lebih daripada orang biasa..kenapa..sebab orang lain ada 24/7 untuk mengulat di buku..kita??   kita masanya tetap sama. Cumanya perlu diperuntuk untuk   dua perkara yang perlu diseia dan senada kan bersama...mudah-mudahan kami berjaya...berjaya menjadi PEMUDA YANG MENGERTI ..
Selepas ini, kita perlu lebih berjaga....berjaga-jaga untuk tidak menjadi antara penyumbang fitnah kepada kerja dakwah kita..Usah pula kita menjadikan alasan akademik untuk mentitik noktahkan kerja dakwah kita.


Choose wisely..
Minda perlu beranjak kehadapan..
Saya perlu berhempas pulas dengan kedua-dua task ini..
bila tiba saat habis dip nanti..
saya dapat pergi lebih jauh lagi..
lebih bebas bersuara..dan bukan tersekat takut sebegini
DOA...senjata mukmin..
Diselangi dedikasi tiada henti..
Mudah-mudahan sahabat seangakatan dapat memahami hasrat ini..
Cukuplah sekadar memahami..tanpa perlu menekuni.;
Doakan kejayaan semua umat Islam..credit utk semua Mahasiswa Islam
Mari kita sama-sama menjadi muslim SUPERB mantap
seperti Alfateh..Umar Abdul Aziz. Hassan Al Banna. Zainab Al Ghazali.Syed Qutb.TGNA.Prof Aziz Bari(Opss)..dan nama-nama searus dengannya!


Wallahua'alam.

Wednesday, October 19, 2011

ummah is calling~~

allhamdulilllah,
terpanggil jua untuk mencoretkan sesuatu..
seelah lama dibiarkan berdebu
tangan membeku
otak melesu
mulut merapu

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Alllah masih berikan kta masa, ruang dan peluang
untuk terus melangkah
meraih cinta Allah
tanpa berpatah belakang
salsabila, bersyukurlah
jagalah diri, iman dan amal.

pelbagai fasa yang daku tempuh
tiba-tiba
bingkas teringat akan kata-kata ini
"seseorang murabbi itu adalah untuk melahirkan mutarabbi yang lebih baik.daripadanya"
ku impikan yang tebaik untuk mereka..
saranan buat diri juga...
"hitunglah dirimu sebelum kamu dihitungkan "~saidina umar al-khattab
mahukan buah yang baik perlukan benih yang baik
insyaallah..

Tuesday, March 22, 2011

live to the fullest

bismillah ya rahman ya rahim

short n simple T-T

salsabila...remember this
Good better best,
never let it rest
until your good is better and your better is best.

(:

Thursday, March 3, 2011

tiada yang IMPOSSIBLE~

Maha suci Dia .
setiap hari kita belajar satu benda..
try n error.
daripada proses itu
kita menjadi dewasa
faham dan peka
kata orang pengalaman membuatkan kita bertambah matang
ada benarnya..
memang tak boleh dah  nak sangkal fakta tu.
jadinya apa yang cuba nak disampaikan sebenarnye ni?
aku beberapa hari ni mood tak keruan sikit
melihat beberapa orang di tepi yang kian kesisi semangatnya
memang terganggu emosi.
merasakan diri selaku sahabat
memang teruk sebab tak buat apa-apa
dulu terlalu mencanang-canangkan perkataan yang satu ni.
tuntas,
bangga mendengar bait kata-kata itu
kini.....
Allah sedang uji kami..uji kebersamaan hati kami
Allah akan uji apa yang kamu perkatakan.
ya,,benar sekali.
pinta hati..
ya Allah..teguhkan iman kami.
ya Allah..tsabatkan diri kami.
ya Allah..ikhlaskan nawaitu kami.
ya Allah,kukuhkan jiwa kami.
ya Allah,tambahkan kefahaman kami.
ya Allah,mantapkan semangat kami.
ya Allah,kuatkan amal kami.
ya Allah..pilihlah kami...agar terus mekar subur di jalanMu ini.
lenturkan segala masalah berselirat ini
agar kembali lunak
sucikan jiwa dan hati kami

so...semua
"Let's bring out the tiger in ourselves"..straighten our SAFF.(;


--------------------


best...peringatan daripada mesej seorang sahabat(:
memang open my eyes bigBIG.
"Berikan sabar di atas kesabaran kpd Allah."
Pasti kelak Allah akan segera datangkan pula jalan keluar buat kita.
kadangkala tu memang rasa letih..penat sangat.
tapi hari2x ada je perkara yang memotivasi kembali diri ini.
terima kasih ya Allah.

muhasabah di hari yang redup ni..
jangan asyik harap org bagi sokongan pada kita,
tapi..kita pun kena lebih banyak memberi .
Sama-sama menjadi sahabat yang boleh diharapkan
memberi  kekuatan antara satu sama lain 
-syukran jazilan si penghantar mesej ni~identiti dirahsiakan(;,