Thursday, December 23, 2010

Bila Kehidupan Berbicara

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kata-kata Al Banna:

“Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang lelaki (perempuan pon boleh) yang senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya. Dia senantiasa berfikir memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dipanggil ia menyahut, apabila diajak ia menanggapi, datang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas.



Dia tidak melaksanakan tugas selain dari yang telah diletakkan oleh keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya. Anda dapat membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan mendengar dari gerakan lidahnya semua apa yang bergelora di dalam hatinya, kesengsaraan yang tersimpan di dalam hati, semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh pelaksanaannya, cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi jiwanya.”



p/s:     Semoga Allah kuatkan hati saya & sahabat2x meneguk cinta dan kasih-Nya .
          Kukuhkan keberlangsungan  kami di jalan yang panjang ini agar terus menerus istiqamah dan pilihkan kami dalam keberadaan bersama golongan yang bekerja sepanjang hayat kami .
          Masa dan umur itu hadiah kurnian Allah..mudah-mudahan 6 bulan yang bakal dihadapi ini dimanfaatkan sebaiknya..bukan untuk bersuka ria,bersenang lenang mahupun berdiam diri.
          Lihatlah apa yang berlaku ini sebagai cahaya yang mengukuhkan horizon diri bukan gumpalan awan hitam yang hanya menerbitkan kekecewaan.Susunan Allah yang lebih mengetahui.
          Semoga Allah hadiahkan saya dan sahabat semua natijah yang baik.
          huhu.Masih banyak taklifan tak dilunaskan lagi.Perlu bergerak lebih pantas
          Doakan saya bisa mampu menguruskan masa sebaiknya ..amin ~.~
         
         
        

          

MANISNYA KU RASA DI LORONG ITU...

salam penuh keimanan..Mahasuci Allah yang mengurniakan kehidupan buat kita..
Banyak kali tertangguh-tangguh menulis di lapangan  ini.Bangun bersemangat kembali setelah diingatkan oleh syazwati..(10Q sahabat;p)
Hari ini sedikit coretan untuk dikongsi.
Ceritera kehidupan yang diatur indah oleh Sang Pencipta

Buat semua penyandang taklifan,
Ada masanya ujian datang sebegitu lebat,
Ada masanya ujian datang mencicip  lengang,
Sama jugalah dengan taklifan ,
Kadang-kadang tidak menang tangan dibuatnya,
Kadang-kadang sampai tidak mengerti nak buat apa,
Ketahuilah,
Hidup ini diciptakan-Nya berfasa,
susunan Allah itu sangat cantik,
Ada masa sempit,ada masa lapang.

Buat semua penyandang taklifan,
Senyumlah walau hatimu gundah
Bertenanglah walau jiwanu resah
Tak mengapalah sesekali diasak ujian
berat apatah lagi terjal berliku
Optimumkan keyakinan akan aturan dan janji  tuhanmu,
Ambillah tujuan UJIAN itu ,bukan dilihat pada konteks ujian semata
kembali  dengan sabda Rasullah s.a.w,
"sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan atas dirinya maka dia akan diuji".
Jadilah manusia yang sebenar-benarnya kuat
kerana apa?
"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah,
orang -orang yang berjihad antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar"(3:142).
Sesungguhnya Allah akan menguji hamba yang dikasihinya bertimpa-timpa
Sehingga hamba itu hilang arah dan tidak berdaya,
Tidak menemui jalan keluar atau cahaya untuk dilihat,
Langsung rebah kembali bersujud serendah-rendahnya dengan penuh rasa kehambaan.

Buat semua penyandang taklifan,
untuk apa kita diuji..
Supaya kita sedar hidup bukan untuk berpangku lengan
Supaya kita merasai tiada kekuatan melainkan Allah SWT
Supaya kita menyedari tempat bergantung selayaknya hanya kepada Allah SWT
Supaya kita tahu mana arah tujuan dan matlamat  kehidupan.
Hanya Allah SWT.Cuma Allah SWT.
Tidak mengapa air mata ligat berlinangan
Supaya apa?
Supaya diri tidak terbiasa condong diulit fatamorgana
kesenangan dunia yang serba serbi singkat

Buat semua penyandang taklifan
tidak mengapa tidak punya waktu berehat
asalkan jiwa dengan tuhan sentiasa akrab dan dekat
tidak mengapa kita merasa berat
Ujian itu memang sakit.Kadangkala membungkam hati
hinggakan merasakan tertanggung sesak di bahu
Percayalah,
Dia jadikan penyakit,
Pasti dia jadikan juga ubat sebagai penawar
Tatkala kita kecewa
pastinya Allah punya cara istimewa memujuk kita
Begitulah Allah Maha Pengasih ,Maha Penyayang.

Buat pemegang taklifan,
kita kata kita nak jadi muslim yang kuat
Bergerak menuju piawaian muslim mukmin TERBAIK
Lantas
apalah salahnya sekali sekala memikul bebanan berat
Jangan diajar diri berehat,
kelak takut diri menjadi liat untuk berkhidmat
Jangan diajar jiwa senang sentiasa
Takut-takut manisnya iman hilang
Takut-takut amal pudar tenggelam
Takut-takut jiwa mengecil tidak bergerak

Buat semua pemegang taklifan
yakinlah kita tidak keseorangan
kita dikelilingi ramai teman seperjuangan
Dia dengan caranya..kita pula tetap dengan cara kita
Bezanya mungkin pada sarana dan agenda yang diguna
Tetapi
matlamat tetap serupa
Bezanya munkin pada rintangan dan ujian
Tetapi
nilainya tetap sama ,urgensi ikhlas yang sukar dicari
namum..bukankah yang sukar itu lah yang mahal?

Kuatlah!Bersabarlah! Tabahlah!Di sisimu ada dua penjaga
Yang setia mencatatkan segalanya
duka atau gembira
mulia atau sengsara
dunia atau akhirat.
Semua ini tidak banyak yang ditagih sebenarnya
Hanya kekuatan iman dan taqwa bekal perjalanan
kerana
Dia tahu bahawa dengan hambaNya melalui sebegitulah,
jiwa itu akan sentiasa kembali kepada fitrah.

Lihatlah dengan keimanan
Dirimu mempunyai kelebihan tersendiri
Sebab itu Allah meletakkan dirimu di sini
Sebab itu  tempatmu sekarang bukan siapa-siapa  yang lalui ,
tetapi hanya KAMU...bukan dia..tetapi KAMU
ya,KAMU.
Bukan juga aku
Maknanya ,itu adalah tarbiah khusus buatmu..


Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu. Siapa dalam kalangan kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha perkasa lagi Maha pengampun" (alMulk:2)

Makanya,berbahagialah saat di uji.

Moga Allah kuatkan kita agar dijauhkan dari keciciran.