Tuesday, February 15, 2011

freshen up

*salam alaik*
hari ini    semalam dan kelmarin nya...
alhamdulillah..beberapa hari ini
mcm2x dpt aku  kutip..
saat  diri rasa mahu rebah
saat letih  menyinggah
ku rasanya aku makin jauh dari jalan itu
seolah-olah cuba menjarakkan diri
pudar hambar hari demi hari
tuntas,
Allah dorong aku ke satu tempat
bertemu dengan jiwa-jiwa yang hebat belaka
yang nyata mengembalikan semangatku
yang menyuburkan semula sekeping hati
yang memadamkan titik-titik episod ngeri
dahulunya  nyaris pudar
tapi kini..
kembali segar bugar
bahkan lebih bermaya jika dibanding dahulu
benarlah,aturan Allah itu indah
hikmah berselirat banyak
setiap madah yang dititipkan
menjadi sumber inspirasi
setiap  hayunan langkah
dijadikan Islam sebagai prioriti
infakkan harta,tenaga bahkan seluruh jiwamu
10tahun dari sekarang
janji itu harus dikota
bersama usaha yang berlipat ganda
doa dan tawakal diiring bersama


muslimat muda umpama kuntum melati
mewangi dengan kerja-kerja Islami
gagahkan diri dan kekalkan momentum
keputusan yang lalu
usah dikesali
yang lepas-lepas tu..biarlah..biarkan berlalu pergi
usah ditangisi
jadikan semua itu
landasan untuk  bermuhasabah diri
pasakkan kembali sinergi dan kesatuan hati
kebersamaan!itu yang ditagih
dalam menjejaki visi , misi & agenda dakwah
saya+kamu=kita
sama-sama kurang baik
hatta,mari menjadi lebih baik daripada semalam.
perikhlaskan hati yang hampir mati.
kembali bulatkan hati
 kesungguhan dalam gerak kerja
sama-sama realisasikan erti sebenar hidup
untuk menggapai redha illahi




kata-kata bersulam peringatan buat diri
teruslah berpegang pada love letter aka ayat Quran  (47:07)


Jujurnya,hari-hari yang baru dilalui ini tersangat BERHARGA!heaven..praise be upon him!
Thanks ya Allah.Sungguh,Allah tidak pernah lupakan kita walaupun kita dok ulang-ulang lupakan Dia...selalu pulak tu..ayat tu ditujukan pada diri sendiri.


Beristighfarlah...


Selangkah kita berjalan kepadaNya,seribu langkah Allah berlari menghampiri kita(:
walau seteruk mana pun dirimu,
walau sejauh mana pun jalan bersimpang siur kamu lalui,
Allah tetap tak hesitiate untuk terima taubat dan pengharapan hambaNya...


Aku belajar juga untuk lebih bertenang apabila berhadapan sesuatu situasi yang menekan....
Kadang-kadang bende tu kecik je,tapi oleh sebab jenis aku yang agak kelam kabut ni,yang kecik terasa diperbesar-besarkan.
Kadang-kadang ,ingatkan benda tu boleh timbulkan kemarahan ,sentimen atau menjadi isu yang hangit ..opsss,mungkin sengaja diperbesarkan..huhu..tapi,bila realitinya,ia tidak seperti yang dijangka...
Akukagum melihat mereka-meraka yang tetap boleh duduk tenang bersahaja walaupun aku tahu bukan senang nak duduk di tempat mereka..cool habis!!
ya ,aku berusaha untuk memperbaiki diri...hari-hari perlu ada anjakan..syukran illah atas ukht2x yang banyak memberi sokongan yang padu !syg ntunna sgt2x..sal kini lebih bersemangat,,syukur,dah x rasa down lagi mcm dulu.(:..mudah-mudahan istiqamah


Bila aku berjalan lagi
aku belajar lagi suatu benda yang baru
diam dan jangan terus membalas sembarangan
jangan diturutkan emosi.
sebab
adakalanya,diam itu mungkin boleh menyurutkan masalah
adakalanya,diam itu boleh mengawal suasana yang tidak diduga
apepun,berlapang dada adalah jalan keluar penyelesaiannya.
hati yang tersumbat pun akan terubat


Orang yang sibuk adalah orang yang terlalu sibuk dengan kebaikan sehingga tidak mempunyai masa untuk berfikir tentang kejahatan.-Imam Hassan Albanna


hari ini aku tersedar,saat yang Allah kurniakan kepada kita adalah hadiah..amanat yang akan dipertanggungjawabkan...Gunakan masa yang seadanya ni dengan sehabis pulun...jangan menzalimi diri dengan perkara yang tidak membawa untung...
jadi,usaha lagi,usaha lagi & usaha lagi..untuk sama-sama kita mencapai target..
target apa neh?untuk menjadi muslim super..muslim baik duniawi & ukhrawi..bukan muslim perasan baik..bukan juga muslim ala kadar je..mengancam ayat ni..sangat perlukan banyak effort & pengorbanan..




whoaa..panjang lebar thp maksima juga post ni..byk sgt luahan isi hati -_-..
cukup utk kali ini..everything's count.wallahu a'lam




p/s : expressing special gratitude for :


k.izzah,k.afiqah,k.najla,k.ainun,k.azian...terima kasih...untuk kata-kata pencetus semangat mlm tu..nmpak mcm kecik,,tapi impak dia besar bagi sal..teramat besar...kini,kembali segar(:
atiqah m,atiqah z,linda,k.afiqah s,k.dila,k.ina,farah,bella,atie,k.jiha,k.ain,k.noin..kome make my lyfe full wif lurvee...mood:bahagia..oleh sebab sal ni sgt pelupa,,TOLONG INGATKAN SAYA ..oleh sebab org ni gersang dengan tarbiyyah..makanya..TOLONG SAYA JUGA..
fatin,ain,aida,mardhiah,aisyah:nak panggil sal mak achu yer..hehe..diHALALkan..mcm best je^^hoho
sahabat2x semua...sal mnta maaf awal2x utk segalanya..maklumlaa kadang2x jiwa kacau kan..aceceh~.~


syukran

Monday, February 7, 2011

ada akal ..fikirlah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




alhamdulillah..kembali lagi ke kalam bisu yang tak seberapa megah ni^^


Ya.post kali ni saya nak kongsi tentang satu novel sejarah yang bagi saya baru sebenar-benar
eksplorasi terhebat .Sangat tak sama dengan novel cinta,lovin kapel yang murah lewah tu..
Kenapa sejarah yang disebut-sebut ..bunyi pun macam dah bosan dengar..tapi tunggu dulu..bila dah baca sangat mengancam..saya jamin...terlebih semangat neh;p
huhu..
Terpampang di kulit hadapan ..siri pahlawan islam..menarik bukan...mungkin bagi saya menarik..teringat saya pada kata-kata  seorang ukht...adik kena selalu baca dan hadamkan sirah ..bina kekuatan dan contoh teladan dari kisah nabi dan perjuangan para sahabat di sampingnya..ingatlah,bukankah rasulullah sebaik-baik qudwah hasanah..kita tidak dapat jadi seperti Rasulullah,tetapi kita boleh bawa masuk sirah Rasulullah ke dalam kehidupan kita sehari-hari.
Figur yang saya nak kongsi kisah kepahlawanannya ini ialah SALAHUDDIN AYUBI-penakhluk Jerusalem.
Sepanjang pengamatan saya dalam buku ni,banyak pengajaran yang saya berjaya telusuri..(over je ayat ni,lagak mcm professor..hehe)..insyaAllah..di suatu hari..kena letakkan usaha lebih^^

(1)Nak berjuang,,atau dalam konteks diri saya sendiri ..nak lakukan apa sahaja dalam hidup..ikut cara Rasulullah..kejayaan kan muncul..keberkatan pula kunjung tiba...
Segala strategi perang yang pernah dilakukan Rasulullah menjadi senjata utama  buat Salahuddin ayubi sewaktu menumpaskan tentera salib..
"kita berpura-pura menyimpang jalan menuju ke wilayah kark supaya musuh menyangka kita tidak mahu menyerang kota Bisan .Di pertengahan jalan,kita berpatah balik dan menuju semula ke kota Bisan",jawab Sultan Salahudin bin Ayubi.
Sebenarnya,inilah cara Rasulullah ketika hendak menakluk Khaibar.Tindakan ini mengelirukan musuh sehingga mereka terkejut dan tidak sempat membuat persediaan.
Benarlah...bilamana kita ikut cara nabi..bantuan Allah pasti datang...Islam akan menang..yang penting,bina yakin dalam diri...janji Allah itu pasti(:


(2)walau sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia..urusan akhirat usah dilupa...
Buktinya..walaupun SA sibuk dengan persediaan perang sehingga dinyatakan dalam novel ini,"Di medan perang ,Salahuddin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.Beliau kelihatan berada di atas kudayan bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain.Sepanjang berlangsungnya peperangan ,Salahuddin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka."Kendatipun siangnya padat di isi di medan perang,tapi itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya menjaga hubungan yang baik dengan Allah.Sepanjang hidupnya,SA tidak pernah tinggal solat berjemaah..bukan suatu yang mudah..tetapi SA tahu,syurga itu indah..Setiap masa senggang sebelum berperang, diajaknya semua tentera turut bersama-sama solat hajat memohon bantuan  daripada Allah..kerana SA sedar..kita hanyalah hamba yang tiada daya upaya.


(3)Tanggungjawab melebihi masa yang kita ada..Umur yang Allah kurniakan pada kita,adakah telah dimanfaatkan sebaiknya..masa muda kita..segala kudrat kita ..disalurkan ke arah mana..kelak akan ditanya..
Lihat semangat perjuangan tentera Islam di zaman nabi..sehingga digeruni musuh Islam..tentera Islam  cintakan mati..sepertimana tentera salib cintakan hidup..


Tuhan pasti memberi kejayaan jika kita berusaha..Sepertimana SA dan juga tentera Islam seluruhnya di penghujung cerita mampu menakhuki Jerrusalem berkat usaha yang berlipat ganda.Mengapa tidak kita..
Pesan saya pada diri dan buat mereka yang membaca..usah berhenti.Apabila kita berhenti bermakna kita berputus asa.Teruskan perjalanan hidup walau sehebat mana mehnah mencecah.Jalan terus walaupun perlahan.Bila sudah merasa kuat..bangkit dan lajulah kembali..


Pesan saya buat diri dan semua...
Pengalaman benar2x guru yang paling berharga.
suatu proses menuju  pendewasaan
Berjalan di atas muka bumi
 kadangkala terasa penatnya
kadangkala rasa dada  sangat menyesak
kadangkala tidak mampu menggalas ujian yang jatuh menimpa
kadangka tanggungjawab tidak setimpal dengan tenaga yang ada..
namun..
bangkitlah dari lamunan..fatarmorgana yang kononnya mempersona
peringatkan diri kembali dengan janji tuhan.
Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
usah dibiarkan diri dibantutkan dengan hasutan  syaitan dan mehnah yang menempa
jangan dijadikan alasan itu sebagai terminal perhentian.
kehidupan kita saban hari
tanggungjawab melebihi masa yang kita ada.
waktu adalah kehidupan
sedetik yang berlalu
tidak akan pernah kembali
Sesungguhnya hidup ini penuh misteri
Yang menentukan ke mana arah diri akan pergi
Yang lebih mengetahui sejauh mana potensi diri
tentunya diri ini sendiri
Buka mata hati seceliknya
cuba renungkan
Jalan yang manakah yang wajib saya dan kamu  lalui?

muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan di muka bumi ini..
kelak saya kamu semuanya akan dijemput kembali..ya,kita semua kan pergi!!
malu..terasa sungguh  malu..
 malu kepada ibu-ibu yang telah melahirkan mujahidul 'azim laksana SA mahupun Muhammad Al-Fatih ,  mahupun Syeikh Abdul Kadir Jailani, malu kepada sahibah-sahibah zaman Rasulullah yang tiada mengenal erti sedih dan pilu tatkala syahidnya anakanda di medan peperangan. Malu..sungguh malu.


Islam memerlukan pewaris-pewaris perjuangannya, penyambung-penyambung rantai dakwah dan tarbiyah.
Jikalau  kita asyik menyatakan diri ini tidak mampu...siapa lagi??Pesan saya buat diri,perbaiki diri dan terus bina kekuatan .


p/s:rindukan program2x tarbiyyah...terasa diri perlukan suntikan semangat untuk terus kuat dan kuat lagi.