Wednesday, November 14, 2012

hembus nafas atok dan opah




Petang itu awan bergerak redup. Langit terlihat mendung. Mundar mandir seorang gadis  ke hulu ke hilir  sambil melihat gugus buah beri mengeliling halaman rumahnya ranum tunggu masa untuk dipetik. Sambil merenung alam yang luas terbentang.  Entah mengapa, hari-hari dalam hidup gadis itu seakan terganggu meronta-ronta ingin menyudahkan sesuatu yang dilaziminya. Dijenguk-jenguk rumah sebelah mencari kelibat seseorang namun tetap hampa.

"tak boleh jadi ni, kali ini aku mesti pergi jenguk opah sebelah"

Getus suara hati si gadis tadi mendesak diri ingin tahu.

"opah ni tak sihat ke, kenapa macam dah lama je tak muncul-muncul depan mata aku",


Lagi dia mula mencipta pelbagai spekulasi untuk menyedapkan hati.


"atau mungkin aku yang terperap dalam rumah macam ayam diperap semalaman bersama rencah untuk dijadikan ayam percik esok harinya"

Musykil.

"awat selalu kau berani je, kali ni kecut semacam. Saja biar diri dipermain syaitan eh?"

Berasakan soalan menembak-nembak dirinya dari jarak jauh ataupun dekat.

Akhirnya, dia mangambil keputusan untuk membuat sesuatu. Ya, daripada tunggu macam cempadak busuk. Tak bawa untung  sesen pun. Betapa hatinya melonjak merindukan itu. Betapa kakinya sudah gatal-gatal handak menapak ke situ. Tidak boleh ditahan-tahan lagi. Kali ini dia tidak akan silap dan terus pandang kehadapan. Yeah, betapa meluap-luap aura itu!!!

Bismillah. Si gadis menghela nafas. Memulakan langkah marathon menuju ke rumah opah. Tak jauh, sebelah rumah je tapi rasa lelah semacam. Memandang ke kiri dan kanan, mencari sesuatu. Tiada. Maka dilaungkan salam.

"Waalaikumussalam"

Oh, atok membalasnya. Kelihatan dua merpati sejoli sedang rancak bersembang di dalam rumah. Opah dan atuk.

"Awesome habis!". Gadis yang putih berseri itu tersenyum tanda puas. Jelas ketara giginya yang tersusun bersama besi-besi yang berkilau.

Teruja dan bersemangat sekali .

Alhamdulillah, dipertemukan semula dengan opah dan atuk. Hanya ingin bertanya , hari ini dekat surau ada kuliah apa?

Jiwanya bergelojak kini terubat semula. Jom opah , atok tak boleh. Kita berpimpin tangan ke surau bersama.

Tamat cerita.

;')


........................................................

Cerita di atas epik je. Sekadar membuka minda di pagi yang hening .  Tiada kena mengena dengan pemilik blog paling penting. 

Sebenarnya ada 'sesuatu' mesej  yang ingin disampaikan mengenai ceritera di atas . 

Teringat Ustaz Ebit Lew  penuh bersemangat di corong radio IKIM menceritakan tentang seorang belia muda yang sanggup bersusah payah merempuh hujan demi untuk bersolat jemaah di masjid. Bersungguh-sungguh sedang masyarakat di tepi-tepi memandang aneh dan ganjil padanya. Apa lah yang dikejar sangat budak ni entah. Tetapi, dia tidak menoleh bahkan bertambah kuat untuk beramal. Baginya mungkin itulah benih kebahagiaan dan makna ketenangan hidup sebenar yang dianugerahkan Tuhan kepada hambaNya yang berlaku taat. Endingnya cantik bilamana sang belia tadi berjaya dalam hidupnya. Maka terbuktilah seruaan, hayya ala solah, hayya ala falah.

Sungguh, dunia rindukan pemuda sebegitu.  

Ramai orang kampung mengomel meminta ajk  pengurusan masjid menurunkan surau yang bertangga-tangga semenjak sekian lamanya agar bersolat di bahagian bawah surau . Hal ini kerana , yang memenuhi surau ramainya veteran belaka dan lemah lutut pula semuanya. Maka selepas ini, atok dan opah tidak lagi perlu garu kepala hendak mendaki tercungap- cungap sebelum hendak menunaikan solat atau menadah kitab dan kuliah.  

Tetap aku mengagumi jiwa kental atok dan opah ini walaupun kederat sudah kering berbaki, badan sudah tidak berapa larat dan laju macam zaman muda-mudi dulu. Namun, tetap diusahakan dan menggunakan pelbagai cara memujuk diri untuk istiqamah mendekati masjid mahupun surau.  Hati menjadi sayu kadangkala melihat opah yang wajah kian berkedut, badan membengkok bahkan mata pun semakin rabun tidak pernah mengadu sedikitpun letih bahkan lebih gigih menyucikan diri melakukan pelbagai amal agar bertambah pertautannya pada Allah.  Kamus hidup atok dan opah ni berselirat dengan siang yang hectic mencari rezeki, mengajar anak cucu mengaji , memasak untuk suami, menelaah bahan ilmiah hingga boleh lawan pak menteri.  Sedangkan malamnya mereka tunduk sebagai abid sepenuh jiwa raga mendambakan keredhaan Tuhan. Jarang sekali mendengar atok dan opah culas dalam menggunakan masa , sebaliknya paling cekap membidik masa dek pengalaman yang ada mungkin.  Pasti ada sahaja agenda tanpa boleh duduk diam-diam.  Tidak mengapa, segala perit jerih atuk dan opah pasti Allah lihat dan akan dibayar di akhirat kelak . Insyaallah.


Persoalan yang mungkin bermain di mindaku selama ini. Kalau surau /masjid penuh dengan atok dan opah, mana perginya pula sosok pemuda yang kononnya dicanang bakal memimpin negara. Jika benar, mengapa terlalu sepi sahaja surau dan masjid daripada jemaah muda belia yang sepatutnya dengan tenaga mudanya dia mengimarahkannya.. 

Sayidina Abu Bakar As-Siddiq bukankah kerana iman yang membulat, telah berkorban seluruh hartanya pada perjuangan Islam? Malahan, terkejutnya Rasulullah lantas bertanya semula ," Apa lagi yang engkau tinggal untukmu dan keluarga?" .Maka tenang jawab sahabat itu, " Cukuplah Allah dan RasulNya untukku. Lihat, apa mungkin ini ibrah yang dibawa  sehingga menambah frekuensi amal dan kekuatan opah dan atuk. Wahai anak muda, malu bai malu kita dengan mereka. ke tak? 



Kita lihat, kita dengar terlalu biasa hinggap di telinga kita pemuda bakal menerajui negara bahkan aset untuk  agama. Sekadar konon yang memang ada benarnya. Namun, realiti ku sangka terang sampai ke senja . Rupanya hujan di tengah panas. Anak muda kini rebah dalam mencatur kehidupan , seringkali cuai dalam menyusun masa. Hinggakan akhirnya memberi fitnah semula kepada Islam di atas kelalaian itu. 

Tidak salah, langsung tak salah.
Kalau kita ingin bermain game 


Tidak salah, langsung tak salah.
Kalau kita ingin menonton movie


Tidak salah, langsung tak salah.
Kalau kita ingin berfacebooking


Tidak salah, langsung tak salah.
Kalau kita ingin berkicauan di twitter


Tidak salah, langsung tak salah.
Kalau kita ingin berblog walking

Tetapi sudah cukup sudah salah bila kita terlebih-lebih dalam menggunakan segala media kontemporari. Tidak kisahlah apa pun agenda kita, bila pada mulanya baik akhirnya bila bertukar terlalu asyik boleh memberi padah dan mudharat natijahnya. 

Sebab itu, ambil sesuatu perkara secara bersederhana. Jangan terlebih dos kerana nanti kelak sudahnya merana. Terlalu sedih andai kita hanya punya pemuda yang terlalu mencintai dunia hingga melupai apa yang tersuap dan terhampar di pandangan mereka sementara.

Kata Khalid Al Walid :


Jangan kita sedih tatkala kita kehilangan sesuatu  dalam hidup kita kerana kita tidak pernah punya apa-apa melainkan pinjaman dariNya semata-mata .

Kita tidak mahu hanya mendengar anak muda bumi Malaysia yang hanya tahu berhibur lara tiada berkesudahan.  

Kita tidak mahu melihat anak muda yang rebah dalam dakapan mereka yang bukan lagi halal untuknya dek gilanya terbuai nafsu. 

Kita tidak mahu menghidu anak muda yang nazak dikelilingi dadah sungguh durjana.

Kita tidak mahu membiarkan anak muda musnah dengan sajian yang meracuni peribadi anak muda. Bahkan memusnahkan pemikiran  dan jiwa sensitif belia muda tentang cakna isu semasa agama .

kerana, anak muda diperlukan untuk menjana kekuatan ummah. Anak muda yang tidak betah duduk tika Islam dihimpit jentera jahiliyyah .

Hentikan mogokmu anak muda. Islam tidak pernah memerlukan kita, tetapi kita yang terlalu marhaen memerlukan Islam sebagai telunjuk kita.


"Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi dan mengkehendaki kamu memakmurkannya....."
(surah Hud: 61)

Jelas tak jelas, dunia hari ini terlalu merindui anak muda yang al-Quran melekat di jiwa. 'Melekat' itu bukanlah bermakna sekadar cantik dengan melagu dan melenggok ayat Allah untuk membelai cuping telinga. Tidak. 'Melekat' itu membawa makna hati yang tidak keruan tatkala tidak menyelak , membaca dan  mentadabburnya dalam sehari.

Jelas tak jelas, dunia hari ini terlalu merindui anak muda yang bergetar dan terkesan dengan kekejaman tentera rejam terhadap negara-negara Islam tertindas. Sehingga dia tidak tega duduk di dunia sendiri tetapi memilih untuk berdiri menegakkan Islam dan membangunkan agama ini terletak pada tempatnya yang haq . Islam yang memerintah, bukan diperintah. 

Err, overdosed tetiba. Panjang sangat ni.

hijrah bukan sekadar lagu, bukan sekadar siapa tokoh hijrah.

Oleh itu, cucu atok opah telah tiba masanya kita cuit diri sendiri bangun dari lena. 1 Muharam sebagai tahun baru kepada umat Islam sangat cantik untuk kita memuhasabah semula diri  dan mengambil peluang untuk berhijrah ke arah yang lebih baik  menjadi individu yang Allah redha di sisi Islam. Belum lagi lewat untuk kita meluncur ke hadapan.

Opah atok mesti suka. Apa lagi penting 1434H jangan acuh di acuhkan walau barang sebentar. Mari sama-sama memenuhi tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifah di muka bumi ini.

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar, menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran .  Dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun ".




Melihat suasana tahun baru di Palestin disambut dengan bedilan bom oleh Zionis sangat menyayat hati .  Mereka telah menunaikan janji mereka untuk syahid, moga kita tergolong dalam kalangan hamba yang sedang menunggu giliran. Pray for them. Walaupun terasa terlalu helpless seakan tidak membantu nestapa sahabat muslim di sini sana yang sedang gempita. Tetapi yakinlah doa itu senjata terbaik seorang mukmin. 


#tidak tuju sapa-sapa
tetapi
lebih peringatan diri dan bersama :")








Sunday, November 11, 2012

mendung kearah gerbang

Bismillahirrahmanirrahim

Wahai cinta kasih 

Tahniah, congrats dan mabruk!

Sehebat mana pun pencapaian kita, seburuk mana pun result kita. Semua datang dari Allah. Apa yang diperoleh itu adalah directly proportional dengan usaha kita.  Cuma usah dilupai, ujian Allah itu hadir dalam pelbagai rupa teman-teman. Boleh jadi kejayaan, kecantikan atau mungkin kegagalan dan kejelikan. Moga dijauhi dari 'rasa' virus yang tidak sepatutnya. down to earth. paste daripada status fb ku. 


Melihat meriahnya dinding muka buku dengan update status masing-masing menyatakan syukur atas hasil tangkapan setelah puas bertarung di makmal uji otak itu. maka, aku dapati betapa ramainya teman-teman yang beroleh dekan bahkan boleh dikatakan ibarat buih-buih sabun banyaknya. speechless sambil tunjuk tanda bagus. huhu cuma, ianya sedikit tercalar dengan status seorang mahasiswa menyarankan pak guard supaya lebih open minded. err, terasa terancam sebab dia disekat dalam berpakaian. asyik kena saman kerjanya kot, mana tak meloya tekak .  hebat katanya lagi, melaram i ni pun tetap perform akademik okay. maka, membuatkan aku terfikir kadangkala berjaya dalam akademik bukanlah kayu ukur yang baik untuk merefleksi kematangan seseorang dalam berfikir seterusnya menuntut sebarang penilaian . Dalam kita membina kematangan pula, pengalaman di sekeliling kita didakap sepenuhnya untuk bertatih merasai setiap detik hidup yang dikurniakan sebagai pengikat kehambaan padaNya. Dengan kematangan kita dapat jauh dari sikap melulu bahkan merancang dengan penuh berstrategi. Setiap hari adalah cinta  membawa ceriteranya tersendiri. 

Semestinya semakin hari, semakin banyak kisah baru bukan kepalang datang dan pergi. segala-galanya berubah setiap hari . saat ini ada kala kita tanggapi dengan baik, tetapi ada waktu kita sendiri kecundang malu . mungkin tika ujian menghinggapi dan kesedihan memanjat-manjat ke dasar hati, ia sedikit menggoncang atau tidak mungkin tidak mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia untuk meluncur keluar kerana tidak mampu terus berombak di kolam hati. astagfirullah, tatkala itu mungkin sabar kian menjauhi bahkan seolah tidak dikenali seumur hidupnya. Namun, dalam hiruk pikuk itu ia terharu tuntas tertumpah jua mengeringkan derita. Mujurlah, Allah memberi sang peneman yang sudi mendengar memulangkan matahari selepas malam. Wajah kembali membugar tenang senyuman kembali berbentuk malahan keyakinan kian mekar. 



" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."  (surah Al-Imran : 139)


Diyakinkan pada kita, betapa ujian yang menerpa setiap hari itu tanpa Allah ingin mengetuk pinta hatimu supaya lebih dan lebih dekat denganNya. Allah mendugamu supaya kamu kembali kepada telunjuk iaitu jalanNya yang lurus. Begitu entengnya kita memandang, kita melupakan Allah tatkala senang. Malunya kita ketika susah menyeka air mata menikus menyeru namanya. Memakan diri dengan melupai segala nikmat yang diterima sepanjang berpijak di bumiNya yang terbentang.Itu, ini semuanya hanyalah pinjaman. Sahabat, harta, pangkat, jawatan tiada yang berciciran bahkan semuanya akan ditinggalkan. Sedari kita dan semua tadi hanyalah pinjaman. Ya, hartawan, rupawan jua budiman kita ini cuma pinjaman. Tiada apa yang perlu dibanggakan. Jika tidak kerana kasih yang dititip Allah ya Rahman ya Rahim, hina dan dina nya kita dalam hidup terlalu bercabang tika ini. 

Urut dadamu. Seka air matamu. Gembira sambil kenyit matamu.


Senyumlah kembali duhai diri. Kesulitan yang berlaku berarak keluar menggantikan kesenangan sesudahnya.  Untunglah kita kerana segala kesilapan dan pengajaran dapat diambil dalam mengemudi merencana masa hadapan.  Segala qadha' itu telah ditetapkan dan segala ketentuan itu pasti terulit seribu satu kebaikan. Lembaran-lembaran itu telah dalam lipatan.Di dunia ini kita menjadi rambang mata mengambil kesempatan untuk mencari redhaNya sebagai simpanan di saat hari keesokan sewaktu hari kebangkitan. 



Jangan dibiarkan pagi-pagi dalam kemalasan,

Jangan diletakkan malam-malam dalam ketakutan,
Jangan ditukarkan kebahagian dengan kerakusan
Selagi masa masih bersisa, jangan dibiar tinggal sisa.
Sedarlah diri hanya hamba, sudahlah hamba marhaen dan sungguh hina.
cukup kerdil terlalu kerdil.
cukup banyak terlalu banyak 
dosa menanti taubat.


Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya - Hassan Al Banna


time frame hayat. experience make sense.
Secebis kenangan hidup ku nukilkan setelah kencang bertanding di pilihanraya kampus tatkala itu. Semacam aku rasa. Hanya Allah yang tahu dari mana kau titipkan kekuatan. Besar impak yang disimbahkan walaupun cuma seketika. Menginjak-injak dan melorongkan ke suatu jalan yang penuh citra dan warna. penuh rupa manusia beserta lengkap ragamnya.


Buat adik-adik, harap posisi itu tidak membutakan mata. Sebaliknya peluang itu dijadikan peluang untuk bercucuk tanam untuk dituai hasilnya di akhirat. Tidak kisah melayut, melendut, membengkok kalian harus kuat adindaku. Kerana janji pemimpin bukan hanya retorik, tebu di hujung bibir. Orang yang cerdik pastinya mereka yang kenal diri sendiri dan melakukan apa pun mengikut pertimbangan akhirat"


Ketahuilah, walau kita tidak bersama. arus hati tetap berpaut. :")



mimpi yang diangkasakan menuntut pembuktian .nyatakan!






Life for the fullest.
Itu maknanya?
teruskan belajar, bertatih dan belajar.

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya."

(an-nisa':3)

"Bersyukur, kerana aku meloloskan diri. kerana kewajipan ini bukan mudah!" , bisik diri.

Moga Allah melincinkan mudah semudahnya usaha dakwah ini :")
Bukankah
bila susah, baru terasa manisnya syurga , ye tak?















Friday, November 9, 2012

melihat kau bahagia

Bismillahirrahmanirrahim
.
ku sedari emak,
tempat aku melantun bicara
mungkin cukupku berbisik sahaja
tatkala gelisah mengundang durja
ibu menemaniku setia
bukan sekadar hiasan
nauzubillah, jauh sekali buangan

"Sebesar-besar dosa (dosa besar) ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu". (Hadis riwayat Imam Bukhari)

ku sedari emak,
semalam, hari ini ataupun esoknya
kau tetap jaguh di hatiku
aku jadi buta tuli
pasti daku merinduimu setiap waktu
penuh cinta

ku sedari emak
diriku kenyang
mendengar belaian katamu
cukup untuk mengaut kekuatan
menapak jauh meniti perjalanan
memaknakan segala benak fikiran
penuh bersimbah cahaya iman
hasil didikan yang keduamu taruhkan

ku sedari emak
dulu kau terhibur dengan keletahku
kini juga begitu
tapi aku lebih mengagumimu
sosokmu tenang setiap waktu
selagi dirimu masih mampu
seakan tiada ruang untukku berbakti padamu
tanpa ragu mengusahakan sendiri
janggal di hati menerpa
moga aku menjadi sepertimu

ku sedari emak,
mataku ini ingin selalu berlabuh di wajahmu
berharap  senyum jernih meniti
doa sang ibu menemani
bergula likat memaniskan hidup
kemas ruh cinta suci itu 

Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibu bapa


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
sengih cucu dan opah 
jangan jadi manusia merugi, hargai ibu ayah disisi.
 sebelum melihat dunia walau hanya berada di dalam perut ibu, mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang sepenuh jiwa. Kasih sayang mereka wujud sebelum melihat kita lagi. subhanallah. tidak ada rasa prejudis pada rupa, bentuk atau apa bentuk nilaian manusia. Itulah rahsia ajaibnya Sang Pencipta Allah Azzawajala memupuk cinta ibu ayah bukan sekadar cinta pandang pertama .  Cinta itu lahir sejak dirimu di kandungan ibumu tanpa prejudis.

Sedangkan , hari ini. Apabila kita semakin meniti lazatnya dunia, seakan-akan terlupakah kita bagaimana belaian mereka suatu ketika dahulu. Hingga kadangkala nafsu tidak terkawal sehingga sanggup mencederakan ibu ayah darah dagingmu sendiri, mengeluarkan kata herdik dan nista mengguris hati mereka yang menatangmu penuh lembut dan tenang.

 Allah ... 

"Janganlah mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan ah, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"  [al-isra: 23]

Islam itu sempurna dan terlalu sempurna . Ia telah menggariskan tatacara mensantuni ibu dan ayah hatta cara bercakap sekalipun ada diperincikan. Ya, inilah bukti peri pentingnya setiap dari hambaNya untuk menitikberatkan  segala perihal bersangkutan dengan ibu dan ayah. Memang berat dan sukar tanggungjawab itu. Taat kepada Allah tuntas berbakti pada ibu dan bapa. Selagi tidak berseteru dengan Islam, maka wajiblah kita mentaati segala perintah tanpa dibentak atau melancarkan sebarang pemberontakan. 

ais dalam mata & memerlukan rawatan. doakan kesihatan beliau.

Mari berkalih. Hidup ini terlalu pendek untuk kita mengabaikan ibu ayah. Setelah jenuh perit dan jerih mereka membesarkan kita, tiada yang mungkin setimpal dapat dibalas seumpama apa yang telah mereka curahkan untuk kita. Gosok-gosok telapak tangan supaya kita sedar dan bersyukur mereka masih di samping kita walau kadangkala jauh dari pandangan. Namun, doa sang ibu dan ayah sudah cukup megah mengiring anaknya. Gembirakan mereka sebelum tiada peluang kedua. Biarkan mereka merasa putik rasa suasana yang lembut tanpa sebarang dengusan. Selagi bernyawa dan sebelum Allah memanggil kembali ke pangkuanNya, berbaik-baik dan bahagiakan mereka semampumu. 

teruja ku pada baitmu,
 sambil dia membetulkan kaca matanya,
anakku, emak doakan kamu bertemu jodoh dalam perjuangan Islam.

masih terpaku ku disitu, tanpa suara. mengira-ira apa yang terpacul dari mulutmu

emak, jadikan aku anak yang menyenangkanmu & jua suamimu iaitu abahku !allahumma ameen.
  

Friday, June 8, 2012

duduk. sejenak

bismillah

sudah menjadi rutinku sehari-hari , tidak lengkap rasanya kalau tidak menyelak surat khabar dan menyelami apa yang ada di dalamnya. sedang asyik membelek, tertarik dengan satu ayat di sinar harian. itulah surat khabar yang paling boleh masyuk compare dengan yang lain setakat ini . tahunya menipu rakyat bulat-bulat , leper-leper, bujur-bujur dengan pelbagai bentuk cerita dan isu tak masuk akal kadang-kadang memualkan juga. sambil tersenyum hambar penuh hangat-hangat tahi ayam, tetapku ingin melihat berita yang telus di Malaysia. tidak mengapa, hanya sedikit masa lagi.  tak mahu berterusan diperlekeh dan diselekeh kepalanya, ayuh semua, bangkit!!!:")




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:  " Ia (iaitu kepimpinan ) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnnya."

sedar tak sedar, semester ini adalah semester pertama aku tanpa  taklifan di IMAD setelah hampir 2 tahun bersama sahabat saf kepimpinan IMAD yang silih berganti.  Pengalaman dan perkongsian sepanjang bergerak kerja bersama IMAD sangat meninggalkan kesan yang jauh mendalam buat diriku. Kepimpinan sesi terakhir ini sangat melempiaskan satu tranformasi yang sedikit sebanyak mematangkan IMAD dan meletakkannya di satu zon yang lebih baik.  tinggilah harapan aku agar kepimpinan akan datang tidak mempersiakan bahkan meneruskan kesinambungan kesungguhan legasi akh dan ukht terdahulu dalam membina tapak kukuh IMAD demi melihat biah solehah kian subur melata di seantero kampus. Berukhuwwah kita hingga ke syurga.  teruskan sabar dan perkemaskan tindakan wahai insan-insan bertuah yang terpilih  menjadi mata rantai penyambung perjungan Rasulullah sekalian.  Insyaallah, diistiqomahkan hati dan diringankan segala urusan selagi Allah sasaran di hadapan.


# 1. mereka terdahulu
#2. bekal jalanan 


#3. pengalaman yang makan dalam


di penghujung ini, segala kekhilafan dan taklifan yang tidak tertunai dan dilunaskan dengan baik, aku menadah memohon keampunan kepada yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Aku juga dengan penuh kerendahan memohon kemaafan kepada sahabat seperjuangan di atas kekurangan dan ketelanjuran sepanjang menyusuri badai dakwah bersama kalian. aku masih insan biasa seperti kalian.  kentalkan hati kami dalam merindui dan mencintaiMu. kerana mehnah dan tribulasi yang bakal dihadapi kian terjal dan masih jauh. bercakap soal mehnah , tetiba teringat mengidam buku ustaz hasrizal abd jamil yang terbaru, di hamparan shamrock! akan aku dapatkanmu sebagai koleksi  terbaru.  adik usrah selalu menyakat ana, ayat paling popular dan rating paling tinggi meniti di bibirku adalah MEHNAH. hari-hari dalam hidupku tak sah tak sebut.huhu. be strong ye duhai diri dan adik-adikku. Sungguh, Allah amat dekat.

Maka, seperti surah asy-syarh ayat 7,
 "maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)"

teringatkan pula dengan satu kata-kata,

"seorang pemimpin yang hebat bukan sahaja memimpin semasa diberi jawatan malah dengan kapasiti tersendiri dapat memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan mempunyai gagasan pemikiran yang dapat dikongsi bersama"

walau mana posisi kita, terselit suatu tarbiah Allah yang pasti indah dan dicatur mengikut waktunya. suatu ketika kita bersedia atau mungkin sesekali mendesak diri untuk diukir. Setelah tiba suatu masa , kita pula diberi tugas untuk mengukir. Namun, tidak bermakna kita meletakkan nokhtah untuk terus diukir mengikut aturan Allah s.w.t kena pada tempat dan waktuNya.

Cukuplah dulu, cuma ingin ku selitkan sedikit intro buat adik-adik intake baru. marilah dekatkan diri dengan Ikatan Mahasiswa Dinamik  atau nama femesnya IMAD, kerana pastinya setiap kita inginkan kebaikan di hati-hati kecil kita. Dan hakikatnya, IMAD bukan untuk orang-orang yang baik, tetapi mereka yang bersedia untuk memperlengkapkan dirinya dan berusaha menjadi baik. The biggest turning point was when we change ourself from being just a Muslim to a practising Muslim. Bersyukurlah apabila hidayah mula menerpa inginkan tuannya menapak meraisai keimanan dan kemanisan iman . 

Kan Selangkah kita pada Allah, Seribu langkah Allah pada kita? So, please and please take those strenght and boost up our iman pills. ayuh!

Hari ini dia mungkin penzina, 
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah illallahi ta'ala

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan qiamulail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya, esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-haknya, kala mereka yang telah Islam sejak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu,
Kita tidak pernah akan tahu,
Kita tidak mungkin .
batu bataku yang awesome

Joom adik-adik Uitm Perak,
bermula dari sini, dekati Intell Group IMAD
ringankan mulut,lajukan tangan tebarkan rasa dan nikmat itu pada teman yang lain.
tiada istilah eksklusif untuk orang baik-baik, pakai kobiah tudung labuh sahaja. 
Bahkan , di sini kita bertemu member-member sekepala yang berazam dan membulat tekad menjadi baik. 

Begitukah ?

Gantikan muncung bibir anda dengan secangkir senyuman . 
Berusaha!
sebuah pagi,
Tatkala musim hujan menerpa,
pelangi menghadirkan diri
berjalan sendiri sambil mata meliar memerhati
terasa Islam itu amat Indah sekali 
Bila Allah terasa dekat di hati 

:")



p/s:  sangat jeles dengan program ni. envy sungguh-sungguh pada mereka yang bisa hadir ~~oki yuk turun perak pulak.huhu.
keduanya ada kisah penghijrahan tersendiri, bersyukur atas nikmat iman dan islam . moga Allah kekalkan hidayah menyinari seluruh kehidupan . indahnya bila mendengar sayup perkabaran semakin ramai yang kembali ke jalan yang Allah redha. Alhamdulillah. urusan kita menyahut mereka dengan penuh hikmah, urusan selebihnya terserah Allah pemilih hati dan pintu hidayah.







Thursday, June 7, 2012

cerita mula semester

bismillah  alhamdulillah, setinggi kesyukuran atas nikmat yang diberi terus menerus bertebaran tanpa henti. hari ini berjaya juga melakar kembali sedikit warna pada blog ku ini. melihat post terakhir, terkelu seketika.  mengenangkan kemanakah aku pergi sehingga terlalu lama membiarkan blog ini bersawang. mudah-mudahan masa yang berlalu diisi dengan segala yang baik dan diinfakkan ke jalan yang selayaknya perlu.  risau nikmat ini didustakan oleh diri serba pendosa ini...nauzubillah.


Firman Allah:  “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al ‘Asr 103: 1-3)


********************
i put my trust in Allah


kebiasaannya kalau kita berada di fatrah exam, ya lah wajar kita berdebar. tapi kali ini nak masuk semester baru debaran yang dirasai terasa lain macam pulak.  mengenangkan ramai sahabiah mujahidah solehah di sampingku selama ini beransur keluar seusai menghabiskan zaman diploma mereka, barulah terasa cabaran baru bakal kunjung hinggap.  aku dan adik-adik. aku dan amanah dan taklifan baru walaupun sama seperti dahulu. masih terasa kebas kaki memikirkan mampukah aku berhadapan semua itu seakan sendirian.  apepun, aku perlu kuat. Allah tetap bersamamu. tanpa mereka, aku masih tetap perlu melunaskan taklifanku sepenuh daya upaya ku. amanah ini bukan sembarangan amanah.  semuanya bermain dengan hubungan kita dengan Allah, lanjutnya hubungan kita sesama manusia.  realitinya di medan luar, jauh dan terlalu jauh mencabar.  Di mana pun  kita pergi, persinggahan mana pun kita berhenti, pulau mana pun kita tercampak, lorong mana pun kita jejaki, pelusuk mana pun kita sampai, gerak kerja dakwah tetap mesti harum bersemi. sumbangannya tetap wajib ada daripada kita demi melihat ISLAM tertegak di muka bumi. u can do it lah dear:') setiap kali merindui mereka, tuntas aku teringat kalam Allah yang membuatkan hati terasa tetap bersama.  walaupun ku seakan sendiri, namu tetap pasti doa sahabat tidak pernah sunyi jauh sekali meluput.

 "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu  di jalan Allah .  Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui" (at-taubah  : 41)

******************
membugar tekad

tajdid niat, belajar lillahi taala.. sasaran aku kali ini 4.0 ..hoho.. bukan BERSIH 4.0 ya tetapi mungkin boleh ambil simboliknya ;). aku tetap yakin akademik membina kepercayaan dek kerana kegawatan akademik yang pernah ku lalui terdahulu terlalu membuat aku tidak mahu jatuh di lubang yang serupa buat kali kedua.  itu bukan mukmin yang baik. jika ini antara suatu cara menawan hati sahabat kampus, makanya usaha itu perlu berlipat kali ganda luar biasa. jika siswa siswi biasa punya 24/7 , perancangan kita harus lebih kerana tanggungjawab melebihi masa yang ada. keluar subuh, pulangnya di saat roomote sudah melelapkan mata. paling tak pun, depa tengah sibuk berfesbuk, lagilah parohh seakan dicucuk-cucuk untuk ikut serta jejak langkah mereka.  di saat itu kita teruji. mahu lelap bersama atau bersengkang mata melunaskan amanah yang ada. confirm ada.  itu semua perlukan mujahadah. mahunya dijauhi daripada fitnah.  biarlah kejayaan seindah pelangi  di dunia sebagai transit persinggahan untuk kejayaan dan kebahagian hakiki iaitu ladang akhirat. semoga ini saham utk menjadi profesional produktif muslimah demi ummah! apa kita usaha itulah yang kita dapat .  samalah macam apa yang kitam tanam di dunia, terimalah hasil tuaiannya di akhirat. mudah , tapi nak implementasi amat payah. tetiba terfikir untuk adakan post mortem akademik bersama adik-beradik solehahku di awal sem ni. huhu:') mulalah semester 3 dengan gagah dan membukit harapan lebih baik daripada yang sebelumnya.

kawan-kawan, teman ni masih diploma  walaupun hakikatnya teman-teman seperjuangan yang lainnya menunggu masuk diserap ke degree pula. takpa, di sebalik kesulitan berselirat hikmahnya. tugas kita yakin je. kena jalani pengembaraan yang lama dan unik sikit di bumi seri iskandar ni.hehe, boleh try macam-macam lagi selagi berkesempatan. baru tak bosan dan hambar hidup ni kawan-kawan. doakan saya lepas ke degree pulak.  seboleh mungkin jika itu yang lebih baik, nak mencuba merasa suasana bergerak kerja di kampus lain pulak, tetapi utagho tetap di hati..ku lihat hijau=')




***************
sekejap alim, sekejap zalim


satu lagi tamparan hebat kena ingat, silalah susun kalender hidup anda supaya tidak caca marba jadinya. beramanah dengan akademik score card yang ditetapkan.  jangan hanya tahu lekat bukan main lawa depan mata meja studi, tapi retorik belaka.  buat tak nampak lagi ada. eksen habess baiklah tu konon . tanggapilah inche stress dengan baik. bila cerita bab stress ni , perkara paling sentap habis adalah bab pengurusan masa. antara  yang aku boleh detect lemahnya diri ini bilamana berhadapan dengan masa.  bertangguh kerja hanya buat kita stress akhirnya. memang bapak stress. lepas tu mulalah kelam kelibut tak tahu nak mula daripada mana. salah diri sendiri. suatu yang perlu dihighlitekan untuk bermuhasabah.  sangat syok dan kagum melihat mereka yang mampu menguruskan masa dengan efisien khususnya contoh paling dekat aku boleh ambil ialah sahabat degree ku . bijak meletakkan mana yang awla, tahu menyusun jadual..tapi benda tu tak mustahil berlaku pada aku.  kita kenal diri kita dan kita sangat tahu masa kita amat berbeza dengan orang lain. jangan menyusahkan orang lain dek kerana lemahnya kita menyusun waktu diri sendiri. sakan buat kerja islam, sakan berbulatan cinta, sakan bermacam sakan, biarlah semuanya disusun kemas supaya tak serabut.  jangan nak kata kita tak boleh , kerana kita ada contoh yang paling superb untuk diikuti. Nabi Muhammad SAW adalah ikutan terbaik. Rasulullah sebagai pemimpin negara, sebagai ketua keluarga, hebat di medan perang, unggul bersiasah, bahkan Rasulullah paling kuat beribadah dan tunduk pada Allah. Itulah Rasulullah ikon muslim professional. moral of cerita , ni cabaramn untuk lebih beramanah dengan masa yang ada. masa muda ini benar-benar diinfakkan untuk Islam. Insyaallah~

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." [as-saff:4]


credit


**********************
full of hope

menjejaki cuti dua bulan yang kini berbaki beberapa hari.  terasa berbagai perasa datang menghinggapi hari-hari yang dilalui.  bermula dengan pertama kali bertemu dengan sahabat di utara perlis, terasa satu pembuka cuti yang sangat terkesan di hati. Membuka travelog  bersama mereka walaupun seketika, sangat mencelikkan mata hati.  betapa melihat pengorbanan dan kesungguhan sahabat sungguh meninggalkan kesan yang dalam kepadaku. ketahuilah, bertamu di bumi Perlis dan bertemu dengan kalian adalah satu bonus anugerah yang tidak terperi bahagia tidak terkata.  sangat menanti saat dapat belajar lebih lagi daripada  kalian semua .  antara objektifku menitipkan beberapa sahabat ke sana dengan perjalanan yang sangat jauh dan menyebabkan kami lenguh satu badan bukanlah satu yang ingin sekadar menambah perisa atau bersuka ria semata.  tetapi belajar dan menekuni segala ibrah yang dilakari mereka sepanjang pertemuan ini sudah cukup membantu adik-adikku bergerak dengan lebih matang. kadangkala , andai kita tidak mampu untuk menunjukkan contoh yang terbaik untuk diikuti mereka, jangan pernah berasa lemah dan duduk sahaja menerima.  kita boleh cari dan berikan mereka pengalaman daripada mereka di sekitar kita untuk mendewasakan mereka dan menyampaikan apa sebenarnya yang kita hajati. mungkin dengan usaha yang kecil ini membiaskan impak yang besar dalam fasa kehidupan mereka. ku harapkan begitulah.  maaf andai aku bukan yang terbaik dalam memberi contoh bahkan kerapkali tewas. tetapi harus ada solusi untuk menanggapi setiap masalah . jangan pernah lelah untuk melatih diri melepasi daripada satu marhalah ke satu marhalah.  Perjuangan tidak dihamparkan dengan karpet merah . bukanlah nama perjuangan, andai ianya terlalu mudah untuk diperoleh. kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sepenuh kudrat tenaga dan usaha.! semoga kita lebih banyak berlapang dada bukan sekadar menunjukkan taring siapa hebat, siapa lebih berkuasa. Malang sangat malang andai kita pergi hanya untuk melepaskan bebanan semata tanpa mengambil secicip ibrah untuk dibawa pulang.

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman." [Ali Imran :139]

Ya Allah, berikanlah kemudahan dan kekuatan bukan sahaja kepadaku tetapi juga buat mereka yang sama-sama telah memikirkan perencanaan ini dalam usaha menarik lebih banyak hati kembali dan kian mendekatiMu.  Kami merancang, Allah merancang , tentunya sebaik-baik perancangan adalah mutlak daripada Allah s.w.t.



**************

bangkitlah mujahid setia 


terkesan aku dengan kata-kata peninggalan Syeikh Ahmad Yassin buat syabab harapan umat


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.





n ini dalam usaha menarik lebih banyak hati kembali dan kian mendekatiMu.  Kami merancang, Allah merancang , tentunya sebaik-baik perancangan adalah mutlak daripada Allah s.w.t.
******************
make ur move

perjalanan masih panjang, fasa yang dilalui bakal penuh berwarna
bangkitlah wahai diri, tugasanmu masih banyak berbaki ,
bergerak tangkas kerana kerja belum selesai dan 
tidak akan pernah selesai kerana
jalan ini panjang, sumpah panjang!
jangan bergerak atas dasar taklid buta tuli
tetapi
biarlah perdunya kuat dengan kefahaman yang nyata dan sebenarnya.
Berlandaskan rujukan Al-Quran dan hadis. 
Bersama orang-orang alim, ulama muktabar warasatul anbiya'
mujahid mujahidah yang terbukti keikhlasannya.
Bukan sembarangan memetik quote bertatahkan akal semata
Barulah tidak sesat selama berpegang dengannya.
Bukan sekadar bergegar kata dan hammasah semata.
Allah telah memberikan tiket masuk ke dalam medan ini,
maka tanggungjawab untuk melunaskan segala amanah penuh daya upaya
supaya tiket keluar nanti tetap diakhiri dalam perjuangan Islam
Moga Aku dan teman Muslimat gagah menjadi bukan sembereno dalam bersosial dalam bergerak kerja
tahu batas , kadar keperluan dan kesesuaiannya.
jangan tewas dengan dahulu kala, 
tetapi jadikan pengalaman semalam ibrah untuk digenggam sebagai pengajaran hari ini.


Ya Allah, perbaikanlah seluruh diriku dan janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku walau sekelip mata" (riwayat Abu Daud)
;')





bergeraklah kerana diam itu mematikan. selamat mengorak langkah wahai pembantu agama Allah. 



Thursday, November 10, 2011

Every Single Day

Bismillah,


Assalamualaikum


Selagi cuti tak melabuhkan tirainya..makanya adalah juga masa senggang  untuk melakarkan warna di blog tak semegah ini 
Seakan-akan dapat menghidu betapa saya akan melalui fasa kesibukan di saat melangkah semula ke semester baharu nanti
Dalam tidak sabar terselit rasa berdebar untuk berhadapan dengan semester seterusnya kerana merasakan banyak agenda besar yang menanti untuk ditangani...Insyaallah, tiada apa yang dapat membantutkan usaha kita selagi mana kita hebatkan pergantungan dengan Allah. Makanya Allah akan bantu kita.


"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah"
At-taubah:41


Bila agaknya dapat dilunaskan segala saki baki tugasku selaku setiausaha ni..huhu
Bercakap soal setiausaha..hurm..itu posisi yang memang kuat gamnya. Malahan tak boleh nak lari dari kecil sehinggalah sekarang. Dari  zaman sekolah sampailah sudah berada di alam kampus.
sudah sebati dalam diri akan selok belok setiausaha ni..bak kata orang alah bisa tegal biasa..harap-harapnya tidak terlalu enak berada di posisi ini sehingga kita lupa asal-asul diri selaku hambanya yang penuh hina dan kerdil ini.  Ini adalah antara ujian yang Allah titipkan untuk kita galas dengan sebaik mungkin. Segala yang termampu perlu dicurahkan untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi dan menghapuskan segala thagut seangkatan bersama sahabat-sahabat yang bersatu atas landasan yang sama. Bekerja untuk termasuk dalam golongan yang berjaya di dunia apatah lagi di akhirat.
mudah-mudahan usaha dan bakat saya  yang kecil lagi tidak seberapa ada manfaatkan untuk Islam.
Entah mengapa hati saya sangat teruja setiap kali memegang pen...seronok dapat mencatit dan meluahkan segala idea dalam suatu masa..
kalau disuruh menulis sambil memerah idea sehari suntuk di suatu ceruk pun diaanggap sangat membahagiakan. Mungkin sebab itu jugalah saya agak alergik dengan numbor.huhu.
Bila dapat pen, rasa macam tidak syok kalau tidak ada sesuatu untuk ditulis.
jadinya, setiausaha. memang saya tidak dapat lari drpnya.
Ilmu itu bagaikan binatang buruan manakala tulisan adalah pengikatnya
Berkata Imam Asy-Sya'bi,
"Apabila engkau mendengar sesuatu, catatlah meskipun pada dinding"


Ada juga sahabat yang menegur, tak penat ke mencatit ni...tak seronoklah...
huhu..tapi.. saya rasa nikmatnya menulis...dan cita-cita saya juga adalah untuk bergelar PENULIS suatu hari nanti:)..berhempas pulas menambah skil untuk merealisasikan cita-cita itu..




BERAMAL DENGAN ILMU. ILMU TANPA AMAL SIA- SIA.,
"Sibukkan dirimu dgn benda bermanfaat agar dirimu tidak sibuk dengan benda yang tidak bermanfaat"


---------------------------------------------------------------------------------------------


sebenarnya ada motif lain untuk entri kali ini..
Ingin berkongsi satu artikel setelah terserempak setelah terserempak dengan artikel ni sekejap tadi.
Mungkin sebab terkena dengan entri ini..dush..dush...pencerahan yang sangat memberi erti di saat diri memang tengah sangat kemaruk kepalang dengan drama korea PASTA..
Nampak tak, Tuhan Sayang Kau! Kejap je peringatan dah sampai...jadi, berpada-padalah dalam setiap tindak tanduk...jangan kita biarkan diri kita tunduk dalam gemercing indahnya isme-isme yang disusun rapi mereka.  Tanpa kita sedar, mereka ini antara musuh dalam selimut yang meracik jauh cinta anak muda terhadap Allah dan rasul.


Bagi saya, cerita ni ada nilai yang kita tidak boleh kesampingkan. Semangat nak belajar dia sangan tinggi dan patut dipuji.  Mahal.  Kalaulah anak muda Muslim macam ni. Maka Maharaja Lawak dan sekutunya dengannya mungkin sudah berkubur sepi.   Semua sibuk mencari ilmu memperbaiki diri .Berlumba-lumba menjadi para pemuda yang mengerti. Harapan tinggal harapan, remaja kini lebih memilih hedonisme dan hanya tahu berseloroh. Gelak tiada henti. Langsung tiada ruang untuk serious barang seketika. Nak cuba tengok lagi, dia ini sanggup kena perli, dimaki tetapi tetap ambil positif setiap tindak tanduk sifunya. Di anggapnya itu suatu cabaran. Memang kalau di Malaysia, saya nampak semangat itu pada teman-teman non muslim saya sewaktu di sekolah dulu.  Kendatipun tak sepandai mana, tapi semangat mereka bilamana sudah nekad terhadap sesuatu perkara ataupun bidang, tiada istilah berpatah arah...Teringat ibrah yang boleh dicicip dalam kisah Tariq b Ziyad.


Cubalah kalau cikgu atau murabbi kita buat benda yang sama, hari-hari asyik pulun mengamuk marah-marah dan bentak kita. Mesti esoknya kereta cikgu tu bercalar habis dibuatnya.  Puas membalas dendam. Itulah realiti anak muda kini, ramai tetapi ibarat buih. 


Makanya, saya belajar sesuatu dari sini.  Tetaplah tsiqah dengan murabbi, cikgu atau sesiapa pun yang mengajar kita sesuatu walaupun terkadang itu kita rasa tak gemar dengan sikap yang dia tonjolkan.  Bukankah kita semua ada kelemahannya. Yakin dan berlapang dadalah atas setiap teguran yang dikirimkan cikgu kita walaupun terkadang pahit untuk menelannya.
Yang pahit itulah sebenarnya tarbiah terbaik buat kita. Sebab apa, syurga itu manis kerana mujahadah itu pahit. Nah, benarkan? Jangan rasa diri ini besar sangat sampai tidak ada orang pun boleh tegur kita. Tidak kiralah baik yang tua yang sudah jauh berpengalaman mahupun yang muda dilihat berhingusan.  Cairkan ego dari dalam dirimu. Jom kita sama-sama praktikkan.  Hormatilah cikgu, mak ayah  ataupun murabbi kita walau apa pun ketika.
Imam Syafie telah memberikan satu contoh teladan yang baik untuk kita berakhlak dengan adab yang serupa.  Tahap hormat yang terlalu tinggi terhadap cikgunya membuatkannya tidak melunjurkan kakinya pun kearah rumah gurunya itu. Cantikkan? Kita pun boleh buat benda yang serupa..Insyaallah. elakkan diri kita termasuk dalam kelompok individu yang tidak makan saman tuntas menyebabkan cikgunya tidak senang hati melihat kita..inilah yang kakak saya selalu mengomelkan setiap kali berbicara tentang anak murid dia..kesian dia..be strong ye kak:)


Kadang-kadang, orang nampak kotak itu kosong. Namun, bagi kita kotak itu penuh terisi dengan buku.  Wah, kenapa macam itu? Kita sendiri yang menentukan hala tuju pemikiran dari persepsi kita yang berbeza. 
tatkala 5 orang membaca buku yang sama, keunikan pasti berlaku. Akan ada 5 interpretasi berbeza 5 cara fikir yang unik terhadap buku yang serupa. Setiap manusia itu unik dan punyai karekter tersendiri. 


Tidak perlu celoteh panjang berjela,  marilah kita ambil sedikit pencerahan supaya lebih berjaga-jaga dengan tipu muslihat dunia sesudah nanti. Fenomena yang semakin menghakis malu,membutakan ramai dan membangkitkan obsessi terlampau girls, muslimat di ceruk mana pun berada.  Have a nice day Readers! Semoga kita sentiasa terpelihara daripada segala perkara sia-sia:) Ambillah bingkisan ini sebagai titk pemula.




----------------------------------------------------------------------------------
alkisahnya:



Bagi memastikan entri ini ringkas dan tidak terlalu panjang, maka saya fikir adalah lebih wajar untuk ditulis khusus kepada skop yang dimaksudkan sahaja. Bermakna, bukanlah saya mahu berbicara tentang hukum menonton filem, melihat pelakon dalam drama dan sebagainya.
Skop yang dimaksudkan adalah, fenomena muslimah kita yang ‘tersampuk’ kegilaan menonton drama Korea dan juga meminati para pelakonnya secara berlebihan.

ASAS
Mengapa perlu dibincangkan tentang drama Korea sahaja? Mengapa tidak dikaitkan sekali filem-filem melayu, filem-filem hollywood, filem-filem aksi dari China dan sebagainya?
Memang benar, ramai juga yang obses atau fanatik dengan filem komedi dari barat, umpamanya filem Big Mama ataupun filem-filem horror umpamanya Saw dan Final Destination. Begitu juga ada yang fanatik dengan filem-filem aksi dari China umpamanya IP Man, Fearless dan sebagainya.
Tetapi isu drama Korea menarik perhatian kerana fenomenanya berbeza.
Fenomena ini boleh mengundang ‘demam’ dan demam drama Korea ini agak kronik, sehingga mampu menjadikan ‘pesakit’ itu seakan angau, hilang fokus belajar, suka berangan-angan mat jenin dan paling dahsyat, terlibat dengan pembaziran masa yang sungguh parah.
Lebih malang, demam ini kebanyakannya menimpa wanita muslimah kita termasuklah yang berada di jurusan agama.
Justeru dalam isu ini, saya kira elok kita perhatikan kepada beberapa perkara :

PERTAMA : SYARIAT
Di dalam Al-Quran ada perintah supaya menundukkan pandangan, dengan ertikata lain menjaga pandangan kita daripada melihat kepada yang bukan mahram. Lelaki didahulukan dalam ayat tersebut, kemudian diikuti dengan wanita.
Memang benar, di sana sini kerapkali larangan memandang ini dititikberatkan kepada lelaki sahaja, sehingga wanita dilupakan. Lelaki dilarang memandang wanita, tetapi wanita tidak kisah kalau memandang lelaki. Mungkin, sesetengah berpendapat sifat malu wanita sudah cukup menjadi benteng penghalang.
Tidak kurang juga yang beralasan :
“Lelaki kalau pandang wanita boleh naik syahwat, bahaya. Tetapi wanita lain, dia tak naik syahwat kalau pandang lelaki..
Cuba rujuk balik kepada ayat Allah. Perintah menundukkan pandangan itu dihighlightkan kepada kedua-dua, lelaki dan wanita. Meskipun suruhan kepada lelaki didahulukan dalam ayat pertama dan untuk wanita dalam ayat kedua, itu tidak bermakna suruhan menundukkan pandangan bagi wanita boleh dipandang enteng.
Ataupun , adakah kita sanggup mengatakan bahawa Allah menyebut suruhan itu secara sia-sia? Maha Suci Allah dari perbuatan yang sia-sia. Setiap suruhan dan larangan sesungguhnya terkandung hikmah dan kepentingan yang sangat besar untuk manusia.
Maka, mahu atau tidak, wanita juga perlu mengambil berat soal menjaga pandangan dari kaum adam. Tidak kiralah di alam nyata mahupun di dalam filem dan drama.

KEDUA : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK
Menonton filem atau drama bukanlah suatu yang wajib ataupun keperluan kepada manusia. Dengan makna, kita tidak mati jika tidak menonton filem. Justeru, memandang aurat bukan mahram di dalam filem atau drama adalah merupakan pilihan kita sendiri dan bukannya suatu yang dipaksakan kepada kita.
Ia berbeza dengan wanita-wanita yang membuka aurat di sekeliling kita. Kita mungkin akan terlanggar tiang jika mahu mengelak dari memandang wanita yang membuka aurat. Begitu juga dengan wanita. Berada di khalayak untuk sesuatu urusan sehingga membuka ruang pandang kepada bukan mahram adalah perkara yang dimaafkan. Kecuali jika kita sengaja memandang, maka itu jelas haram.
Berbalik kepada drama Korea, tiada siapa yang memaksa anda untuk menonton melainkan anda sendiri. Jadi anda perlulah sedar bahawa, sebarang kemaksiatan yang berlaku di hadapan anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri dan anda mempunyai pilihan samada untuk meninggalkan ataupun meneruskan.

KETIGA : FANATIK DAN OBSES
Adalah suatu yang malang bagi seorang mukmin, jika ditimpa keobsesan kepada orang kafir dan fasiq yang sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepadanya. Ini jelas terjadi kepada peminat fanatik drama dan pelakon Korea.
Ia berbeza dengan minat dan kekaguman kita terhadap seseorang tokoh. Mereka kita jadikan sebagai idola dan pencetus motivasi. Ini suatu yang berbeza. Kegilaan kepada pelakon Korea adalah kegilaan yang terfokus kepada cara dia berlakon, rupa paras, kacak, hensem, comel, romantik, pandai bermadah kata, pandai menyanyi dan sebagainya.
Bahkan ada yang menghabiskan masa meng’google‘ gambar pelakon kegemarannya, mendownload serta menyimpan pula pelbagai klip video lagu Korea yang disukainya.
Kegilaan seperti ini sama sekali tidak mengundang faedah. Berapa ramai yang menonton drama Korea kerana mahukan moral of the story berbanding yang menonton dan hanyut dengan angan-angan dan perasaan masing-masing.
Kesemua ini, jika tidak dikawal akan membawa hati kita kepada berkurangnya rasa cinta dan kasih kepada Allah serta Rasul. Di waktu kita melihat keelokan rupa paras, ianya tidak kita kembalikan kepada Allah. Di waktu kita melihat sesuatu kesedihan dan ‘lakonan’ takdir, maka kita tidak kembalikan kepada Allah. Kita hanya menonton dan mengagumi makhluk-makhluk dalam lakonan tersebut sahaja.

KEEMPAT : LALAI
” Saya risau, ramai kawan-kawan saya yang obses dengan cerita Korea, mereka menjadi sangat lalai..”
Ya. Itulah point nya. Kelalaian. Pembaziran masa. Hilang fokus.
Sebagai contoh, muslimah yang sebelumnya rajin mengulangkaji pelajaran dan menggunakan masa untuk membaca bahan ilmiah, tetapi setelah ‘tersampuk’ kegilaan kepada drama Korea, jadual hariannya tunggang langgang.
Anehnya, tunggang langgang itu tidak menjadikan dirinya ‘susah’ sebaliknya selesa dan bahagia pula. Ini kerana dia sudah terbang ke suatu dunia yang penuh dengan warna warni ciptaan manusia.
Suatu perkara yang perlu difahami tentang drama Korea ialah, jalan ceritanya sengaja dibentuk supaya bersambung-sambung dan benar-benar menjadikan perasaan penontonnya terbuai-buai dan ‘nak lagi-nak lagi’.
Suntikan maut inilah yang akhirnya mematikan diri anda yang sebenar.
Di luar, anda menjaga pandangan dari kaum adam. Kononnya, kerana mahukan pasangan yang soleh suatu hari nanti. Tetapi di dalam bilik, wajah pelakon Korea itulah yang menjadi teman setia anda sampai ke dalam selimut. Gambar ditampal di dinding bilik dan di ‘dinding hati’. Dalam solat terbawa-bawa, dalam mimpi terngigau-ngigau. Dalam bilik kuliah, hanyut entah ke mana.

KELIMA : SIFAT MALU
Inilah yang menjadikan wanita muslimah sebagai subjek utama. Mengapa secara luaran, anda malu untuk menyatakan cinta kepada seseorang lelaki kecuali dengan ikatan pernikahan yang sah, tetapi di dalam, anda begitu tidak malu meluahkan rasa ‘cinta’ dan minat anda kepada ‘mamat-mamat’ Korea?
Oh..Hensemnya dia! Aku jatuh cinta!
Aku suka hero cerita ni. Sangat caring..romatik..wah..sukanya..sukanya..
Kemudian, apabila ditegur dan dinasihati, jawabnya :
Aku suka je, minat je, bukan betul-betul pun
Alah..biasalah minat, macam lelaki minat siti norhaliza, aku minat mamat Korea
Hakikatnya, itulah simptom yang terhasil daripada pokok permasalahan iaitu terhakisnya sifat malu dari dalam diri. Apabila pandangan tidak dijaga, hati akan ditimpa musibah. Lantas lahirlah pelbagai alasan mempertahankan diri meskipun hati sendiri tidak beroleh ketenangan.

KESIMPULAN
Saya lebih cenderung mengajak kita mengambil sikap pertengahan. Kerana itu saya tidak mahu mengatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan. Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.
Sekadar mahu menghilangkan tension. Sekadar mahu mengalih perhatian. Sekadar mahu menghilangkan bosan. Sekadar mahu menghiburkan hati.
Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?
Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam. Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.
Maka berwaspadalah. Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman. Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.
Pesan pada mereka ; kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod, maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod. Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.
    
http://www.myilham.com/blog/2011/09/muslimah-kita-dan-drama-korea/








nota kaki:  nasihat buat saya dan untuk semua!
Aku menyeru kamu dan Aku menyeru diri sendiri!