Wahai cinta kasih
Tahniah, congrats dan mabruk!
Sehebat mana pun pencapaian kita, seburuk mana pun result kita. Semua datang dari Allah. Apa yang diperoleh itu adalah directly proportional dengan usaha kita. Cuma usah dilupai, ujian Allah itu hadir dalam pelbagai rupa teman-teman. Boleh jadi kejayaan, kecantikan atau mungkin kegagalan dan kejelikan. Moga dijauhi dari 'rasa' virus yang tidak sepatutnya. down to earth. paste daripada status fb ku.
Melihat meriahnya dinding muka buku dengan update status masing-masing menyatakan syukur atas hasil tangkapan setelah puas bertarung di makmal uji otak itu. maka, aku dapati betapa ramainya teman-teman yang beroleh dekan bahkan boleh dikatakan ibarat buih-buih sabun banyaknya. speechless sambil tunjuk tanda bagus. huhu cuma, ianya sedikit tercalar dengan status seorang mahasiswa menyarankan pak guard supaya lebih open minded. err, terasa terancam sebab dia disekat dalam berpakaian. asyik kena saman kerjanya kot, mana tak meloya tekak . hebat katanya lagi, melaram i ni pun tetap perform akademik okay. maka, membuatkan aku terfikir kadangkala berjaya dalam akademik bukanlah kayu ukur yang baik untuk merefleksi kematangan seseorang dalam berfikir seterusnya menuntut sebarang penilaian . Dalam kita membina kematangan pula, pengalaman di sekeliling kita didakap sepenuhnya untuk bertatih merasai setiap detik hidup yang dikurniakan sebagai pengikat kehambaan padaNya. Dengan kematangan kita dapat jauh dari sikap melulu bahkan merancang dengan penuh berstrategi. Setiap hari adalah cinta membawa ceriteranya tersendiri.
Semestinya semakin hari, semakin banyak kisah baru bukan kepalang datang dan pergi. segala-galanya berubah setiap hari . saat ini ada kala kita tanggapi dengan baik, tetapi ada waktu kita sendiri kecundang malu . mungkin tika ujian menghinggapi dan kesedihan memanjat-manjat ke dasar hati, ia sedikit menggoncang atau tidak mungkin tidak mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia untuk meluncur keluar kerana tidak mampu terus berombak di kolam hati. astagfirullah, tatkala itu mungkin sabar kian menjauhi bahkan seolah tidak dikenali seumur hidupnya. Namun, dalam hiruk pikuk itu ia terharu tuntas tertumpah jua mengeringkan derita. Mujurlah, Allah memberi sang peneman yang sudi mendengar memulangkan matahari selepas malam. Wajah kembali membugar tenang senyuman kembali berbentuk malahan keyakinan kian mekar.
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (surah Al-Imran : 139)
Diyakinkan pada kita, betapa ujian yang menerpa setiap hari itu tanpa Allah ingin mengetuk pinta hatimu supaya lebih dan lebih dekat denganNya. Allah mendugamu supaya kamu kembali kepada telunjuk iaitu jalanNya yang lurus. Begitu entengnya kita memandang, kita melupakan Allah tatkala senang. Malunya kita ketika susah menyeka air mata menikus menyeru namanya. Memakan diri dengan melupai segala nikmat yang diterima sepanjang berpijak di bumiNya yang terbentang.Itu, ini semuanya hanyalah pinjaman. Sahabat, harta, pangkat, jawatan tiada yang berciciran bahkan semuanya akan ditinggalkan. Sedari kita dan semua tadi hanyalah pinjaman. Ya, hartawan, rupawan jua budiman kita ini cuma pinjaman. Tiada apa yang perlu dibanggakan. Jika tidak kerana kasih yang dititip Allah ya Rahman ya Rahim, hina dan dina nya kita dalam hidup terlalu bercabang tika ini.
Urut dadamu. Seka air matamu. Gembira sambil kenyit matamu.
Senyumlah kembali duhai diri. Kesulitan yang berlaku berarak keluar menggantikan kesenangan sesudahnya. Untunglah kita kerana segala kesilapan dan pengajaran dapat diambil dalam mengemudi merencana masa hadapan. Segala qadha' itu telah ditetapkan dan segala ketentuan itu pasti terulit seribu satu kebaikan. Lembaran-lembaran itu telah dalam lipatan.Di dunia ini kita menjadi rambang mata mengambil kesempatan untuk mencari redhaNya sebagai simpanan di saat hari keesokan sewaktu hari kebangkitan.
Jangan dibiarkan pagi-pagi dalam kemalasan,
Jangan diletakkan malam-malam dalam ketakutan,
Jangan ditukarkan kebahagian dengan kerakusan
Selagi masa masih bersisa, jangan dibiar tinggal sisa.
Sedarlah diri hanya hamba, sudahlah hamba marhaen dan sungguh hina.
cukup kerdil terlalu kerdil.
cukup banyak terlalu banyak
dosa menanti taubat.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya - Hassan Al Banna
![]() |
time frame hayat. experience make sense. |
Buat adik-adik, harap posisi itu tidak membutakan mata. Sebaliknya peluang itu dijadikan peluang untuk bercucuk tanam untuk dituai hasilnya di akhirat. Tidak kisah melayut, melendut, membengkok kalian harus kuat adindaku. Kerana janji pemimpin bukan hanya retorik, tebu di hujung bibir. Orang yang cerdik pastinya mereka yang kenal diri sendiri dan melakukan apa pun mengikut pertimbangan akhirat"
Ketahuilah, walau kita tidak bersama. arus hati tetap berpaut. :")
![]() |
mimpi yang diangkasakan menuntut pembuktian .nyatakan! |
Life for the fullest. Itu maknanya? teruskan belajar, bertatih dan belajar. "Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya." (an-nisa':3) "Bersyukur, kerana aku meloloskan diri. kerana kewajipan ini bukan mudah!" , bisik diri. Moga Allah melincinkan mudah semudahnya usaha dakwah ini :") Bukankah bila susah, baru terasa manisnya syurga , ye tak? |
No comments:
Post a Comment