Tuesday, February 15, 2011

freshen up

*salam alaik*
hari ini    semalam dan kelmarin nya...
alhamdulillah..beberapa hari ini
mcm2x dpt aku  kutip..
saat  diri rasa mahu rebah
saat letih  menyinggah
ku rasanya aku makin jauh dari jalan itu
seolah-olah cuba menjarakkan diri
pudar hambar hari demi hari
tuntas,
Allah dorong aku ke satu tempat
bertemu dengan jiwa-jiwa yang hebat belaka
yang nyata mengembalikan semangatku
yang menyuburkan semula sekeping hati
yang memadamkan titik-titik episod ngeri
dahulunya  nyaris pudar
tapi kini..
kembali segar bugar
bahkan lebih bermaya jika dibanding dahulu
benarlah,aturan Allah itu indah
hikmah berselirat banyak
setiap madah yang dititipkan
menjadi sumber inspirasi
setiap  hayunan langkah
dijadikan Islam sebagai prioriti
infakkan harta,tenaga bahkan seluruh jiwamu
10tahun dari sekarang
janji itu harus dikota
bersama usaha yang berlipat ganda
doa dan tawakal diiring bersama


muslimat muda umpama kuntum melati
mewangi dengan kerja-kerja Islami
gagahkan diri dan kekalkan momentum
keputusan yang lalu
usah dikesali
yang lepas-lepas tu..biarlah..biarkan berlalu pergi
usah ditangisi
jadikan semua itu
landasan untuk  bermuhasabah diri
pasakkan kembali sinergi dan kesatuan hati
kebersamaan!itu yang ditagih
dalam menjejaki visi , misi & agenda dakwah
saya+kamu=kita
sama-sama kurang baik
hatta,mari menjadi lebih baik daripada semalam.
perikhlaskan hati yang hampir mati.
kembali bulatkan hati
 kesungguhan dalam gerak kerja
sama-sama realisasikan erti sebenar hidup
untuk menggapai redha illahi




kata-kata bersulam peringatan buat diri
teruslah berpegang pada love letter aka ayat Quran  (47:07)


Jujurnya,hari-hari yang baru dilalui ini tersangat BERHARGA!heaven..praise be upon him!
Thanks ya Allah.Sungguh,Allah tidak pernah lupakan kita walaupun kita dok ulang-ulang lupakan Dia...selalu pulak tu..ayat tu ditujukan pada diri sendiri.


Beristighfarlah...


Selangkah kita berjalan kepadaNya,seribu langkah Allah berlari menghampiri kita(:
walau seteruk mana pun dirimu,
walau sejauh mana pun jalan bersimpang siur kamu lalui,
Allah tetap tak hesitiate untuk terima taubat dan pengharapan hambaNya...


Aku belajar juga untuk lebih bertenang apabila berhadapan sesuatu situasi yang menekan....
Kadang-kadang bende tu kecik je,tapi oleh sebab jenis aku yang agak kelam kabut ni,yang kecik terasa diperbesar-besarkan.
Kadang-kadang ,ingatkan benda tu boleh timbulkan kemarahan ,sentimen atau menjadi isu yang hangit ..opsss,mungkin sengaja diperbesarkan..huhu..tapi,bila realitinya,ia tidak seperti yang dijangka...
Akukagum melihat mereka-meraka yang tetap boleh duduk tenang bersahaja walaupun aku tahu bukan senang nak duduk di tempat mereka..cool habis!!
ya ,aku berusaha untuk memperbaiki diri...hari-hari perlu ada anjakan..syukran illah atas ukht2x yang banyak memberi sokongan yang padu !syg ntunna sgt2x..sal kini lebih bersemangat,,syukur,dah x rasa down lagi mcm dulu.(:..mudah-mudahan istiqamah


Bila aku berjalan lagi
aku belajar lagi suatu benda yang baru
diam dan jangan terus membalas sembarangan
jangan diturutkan emosi.
sebab
adakalanya,diam itu mungkin boleh menyurutkan masalah
adakalanya,diam itu boleh mengawal suasana yang tidak diduga
apepun,berlapang dada adalah jalan keluar penyelesaiannya.
hati yang tersumbat pun akan terubat


Orang yang sibuk adalah orang yang terlalu sibuk dengan kebaikan sehingga tidak mempunyai masa untuk berfikir tentang kejahatan.-Imam Hassan Albanna


hari ini aku tersedar,saat yang Allah kurniakan kepada kita adalah hadiah..amanat yang akan dipertanggungjawabkan...Gunakan masa yang seadanya ni dengan sehabis pulun...jangan menzalimi diri dengan perkara yang tidak membawa untung...
jadi,usaha lagi,usaha lagi & usaha lagi..untuk sama-sama kita mencapai target..
target apa neh?untuk menjadi muslim super..muslim baik duniawi & ukhrawi..bukan muslim perasan baik..bukan juga muslim ala kadar je..mengancam ayat ni..sangat perlukan banyak effort & pengorbanan..




whoaa..panjang lebar thp maksima juga post ni..byk sgt luahan isi hati -_-..
cukup utk kali ini..everything's count.wallahu a'lam




p/s : expressing special gratitude for :


k.izzah,k.afiqah,k.najla,k.ainun,k.azian...terima kasih...untuk kata-kata pencetus semangat mlm tu..nmpak mcm kecik,,tapi impak dia besar bagi sal..teramat besar...kini,kembali segar(:
atiqah m,atiqah z,linda,k.afiqah s,k.dila,k.ina,farah,bella,atie,k.jiha,k.ain,k.noin..kome make my lyfe full wif lurvee...mood:bahagia..oleh sebab sal ni sgt pelupa,,TOLONG INGATKAN SAYA ..oleh sebab org ni gersang dengan tarbiyyah..makanya..TOLONG SAYA JUGA..
fatin,ain,aida,mardhiah,aisyah:nak panggil sal mak achu yer..hehe..diHALALkan..mcm best je^^hoho
sahabat2x semua...sal mnta maaf awal2x utk segalanya..maklumlaa kadang2x jiwa kacau kan..aceceh~.~


syukran

No comments:

Post a Comment